Abdullah Zawawi Mohd Zawawi, and Muhammad Ayman Al-Akiti, and Ahmad Arif Zulkefli, and Zainul Abidin Abdul Halim, (2021) Pemikiran akidah Shaykh Nāzim Al-Qubrusī menurut Ahli Sunnah Waljamaah : ulasan kritikal terhadap dakwaan dalam isu-isu tasawuf. Al-Hikmah, 13 (2). pp. 3-34. ISSN 1985-6822
|
PDF
1MB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...
Abstract
Kajian ini merupakan suatu ulasan kritikal terhadap tesis yang bertajuk ‘Pemikiran Akidah Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī Menurut Ahli Sunnah Waljamaah’, sebuah tesis di peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang meneliti beberapa sisi pandangan akidah dan tasawuf Shaykh Nāẓim al-Qubruṣī. Pemilik tesis telah menyimpulkan bahawa ajaran Shaykh Nāẓim sebagai bercanggah dengan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang benar. Namun, penelitian yang mendalam terhadap tesis mendapati bahawa termuat padanya beberapa kesalahan dan kecacatan dari segi penggunaan metodologi dan penghujahan. Penulis tesis dilihat gagal untuk memahami beberapa perumpamaan dan metafora berbahasa Inggeris, mereka-reka andaian sendiri secara sengaja dan tidak meraikan khilāf para ilmuwan dalam beberapa isu tertentu. Ini ditambah pula dengan kenyataan bahawa Tarekat Shaykh Nāẓim ini telah pun diperakui untuk diamalkan di Negeri Sembilan. Oleh kerana itu, kajian ini ditulis bagi menganalisis beberapa dakwaan salah terkait isu-isu tasawuf yang terkandung di dalam tesis serta meneliti interpretasi penulisnya terhadap teks-teks Shaykh Nāẓim dalam isu-isu tersebut. Metodologi yang diguna pakai adalah kajian tekstual analisis tesis. Isu-isu yang dibahaskan termasuklah mengenai kesahihan sanad tarekat Shaykh Nāẓim, konsep Nūr Muḥammad, isu wali bersifat dengan sifat-sifat Allah, stesen kuasa wali, wali memiliki aroma khas dan wali mengetahui ilmu rahsia di dalam al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa dakwaan yang dinyatakan di dalam tesis adalah tidak benar dan tersasar daripada apa yang dimaksudkan oleh Shaykh Nāẓim. Hal ini dilihat berpunca daripada beberapa faktor antaranya seperti bergantung kepada sumber sekunder sebagai rujukan, tidak melakukan pengesahan maklumat, tidak memahami perumpamaan dan metafora bahasa Inggeris, pengabaian konteks, pembacaan yang tidak luas dalam bidang akidah dan tasawuf sehingga membuat kesimpulan yang bersandar kepada andaian semata-mata.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Nāẓim al-Qubruṣī; Naqshabandī; Tasawuf; Ulasan tesis PhD; Khilāfiyyah |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 17941 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2022 03:56 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 07:47 |
Repository Staff Only: item control page