Cabaran kelestarian pelaksanaan piawaian MS 1900 (Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah) di sebuah Kolej Komuniti Malaysia

Hasan Al-Banna Mohamed, and Siti Arni Basir, and Noor Azmi Mohd Zainol, and Mohd Hamran Mohamad, and Norashikin Sahol Hamid, (2021) Cabaran kelestarian pelaksanaan piawaian MS 1900 (Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Syariah) di sebuah Kolej Komuniti Malaysia. Al-Hikmah, 13 (2). pp. 35-61. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
761kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/...

Abstract

Negara Malaysia telah menjadi barisan hadapan untuk berjaya mewujudkan satu standard atau piawaian bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang patuh kepada Syariah telah diaplikasikan pada tahun 2005 buat pertama kalinya. Ia adalah satu piawaian yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kualiti mengikut perspektif Islam (MS1900: 2005) dan kemudiannya dipinda pada tahun 2014 kepada piawaian baharu dengan nama Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syariah (MS1900). Kajian kes ini bertujuan mengkaji cabaran-cabaran bagi kelestarian pelaksanaan sistem MS1900 ini khususnya di sebuah Kolej Komuniti di Perak, Malaysia. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenal pasti cabaran dari sudut sikap pekerja, bebanan kerja dan yang terakhir adalah dari sudut latihan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data kajian dikumpul dengan kaedah pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Responden kajian dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling) yang terdiri daripada individu yang aktif dalam pelaksanaan MS1900 di Kolej Komuniti. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian NVivo. Hasil kajian mendapati bahawa tiga cabaran utama harus dilalui oleh institusi berkenaan semasa melaksanakan piawaian MS 1900 iaitu bermula dengan aspek yang berkaitan dengan sikap pekerja sendiri, bebanan kerja yang berat, dan kekurangan latihan berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Kajian ini diharapkan dapat menyuntik sumbangan yang signifikan dalam pembangunan ilmu pengetahuan dan teori pengurusan kualiti Islam dengan lebih mendalam.

Item Type:Article
Keywords:Piawaian; Sistem Pengurusan Kualiti (SPK); Patuh Syari’ah; Piawaian MS1900:2014; Malaysia
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:17942
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 04:04
Last Modified:15 Jan 2022 07:48

Repository Staff Only: item control page