Ragam hias masjid warisan : tinjauan ke atas Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan

Nur Najwa Hanim Saidi, and Daeng Haliza Daeng Jamal, (2021) Ragam hias masjid warisan : tinjauan ke atas Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (2). pp. 1-13. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
892kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Ragam hias merupakan elemen yang penting dalam memberi elemen keindahan sesebuah reka bentuk bangunan. Kebanyakan ragam hias yang terdapat dalam reka bentuk bangunan dikaitkan dengan konsep reka bentuk yang dihasilkan. Ragam hias yang dihasilkan dalam reka bentuk mempunyai faktor dan pengaruh dalam pemilihan tersebut. Hal ini kerana ragam hias yang digunakan mempunyai makna tersirat dalam sesebuah reka bentuk. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti ragam hias yang terdapat dalam reka bentuk Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan. Selain itu, makalah ini juga bertujuan menghuraikan ragam hias Melayu dan barat yang terdapat di masjid ini. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian dijalankan di Masjid Muhammadi dan temu bual pula dijalankan untuk mendapat maklumat yang diperoleh daripada dua (2) orang pakar bidang. Hasil kajian menemui tiga jenis ragam hias iaitu kaligrafi, motif flora dan geometri yang digunakan dalam reka bentuk Masjid Muhammadi. Ragam hias ini terletak di empat (4) struktur yang berbeza iaitu tiang bangunan, bahagian belakang bangunan, dewan sembahyang dan pintu masuk depan bangunan. Identiti reka bentuk yang terdapat dalam Masjid Muhammadi menunjukkan salah satu identiti reka bentuk di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori semiotik untuk melihat simbol dalam reka bentuk Masjid Muhammadi. Teori ini dikaitkan kerana pemilihan simbol dalam reka bentuk Masjid Muhammadi dilihat dari segi identiti asal pembinaannya.

Item Type:Article
Keywords:Ragam hias; Reka bentuk; Masjid Muhammadi; Identiti reka bentuk
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:17946
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 06:16
Last Modified:15 Jan 2022 07:59

Repository Staff Only: item control page