Falsafah cerita dan maknanya yang tersirat pada batu megalitik di Luak Tanah Mengandung

Mohd Rosli Saludin, and Farah Damayanty Ahmad, (2021) Falsafah cerita dan maknanya yang tersirat pada batu megalitik di Luak Tanah Mengandung. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (2). pp. 31-47. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Kajian ini memfokuskan tentang falsafah cerita dan maknanya yang tersirat pada batu megalitik yang banyak terdapat di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Luak Tanah Mengandung itu meliputi Ulu Muar, Jempol, Terachi, Inas dan Gunung Pasir. Teori yang digunakan ialah teori Teksdealisme yang menekankan prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keunggulan. Teori ini dipopularkan oleh Mana Sikana. Kajian ini menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas kerja seminar dan sebagainya. Objektif kajiannya adalah mengkaji falsafah cerita dan maknanya di sebalik batu megalitik di Luak Tanah Mengandung, mengenal pasti pengaruh falsafah cerita dan maknanya pada batu megalitik terhadap adat, budaya dan warisan masyarakat Luak Tanah Mengandung dan mencadangkan usaha untuk melestarikan batu megalitik supaya ianya kekal sepanjang zaman. Cerita dan makna yang dianalisis adalah kisah sejarah, adat, budaya dan warisan yang terdapat di sebalik wujudnya batu megalitik yang diceritakan. Juga dianalisis falsafah cerita dan maknanya yang terdapat melalui tokoh terpilih yang banyak menyimpan cerita batu ini. Adalah didapati bahawa masyarakat akan turut memelihara batu tersebut jika ia tahu cerita dan makna di sebalik batu ini yang boleh dijadikan sebagai lambang kemegahan dan juga jati diri. Kajian ini juga boleh menjadi suatu panduan kepada semua pihak bahawa batu tersebut akan sentiasa terjaga jika masyarakat tahu sejarah, budaya dan warisan batu itu.

Item Type:Article
Keywords:Falsafah cerita; Maknanya yang tersirat; Batu megalitik; Luak Tanah Mengandung
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:17948
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 06:40
Last Modified:15 Jan 2022 08:01

Repository Staff Only: item control page