Sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Thailand

Adnan Jusoh, (2021) Sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Thailand. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (2). pp. 49-63. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
833kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Artikel ini memfokuskan tentang gendang gangsa iaitu sejenis objek tinggalan kebudayaan masyarakat zaman Logam di Thailand. Objek yang diperbuat daripada beberapa komponen logam ini ditemui di beberapa lokasi di Asia Tenggara dan China. Selain fungsinya yang pelbagai guna, rupa bentuk objek ini juga unik dan dihiasi dengan motif hiasan yang tersendiri. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan perkembangan sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di negara Thailand sehingga tahun 2020. Ini adalah disebabkan maklumat tentang gendang gangsa di Thailand kurang diketahui khususnya dalam kalangan orang awam disebabkan kekurangan maklumat. Dalam usaha untuk menyiapkan tulisan ini, kajian kepustakaan dilakukan dengan menelaah sejumlah buku dan artikel yang berkaitan dengan gendang gangsa di Asia Tenggara dan China. Hasil kajian mendapati beberapa kumpulan etnik di Thailand pernah dan masih mengamalkan tradisi penggunaan gendang gangsa dalam sosio-budaya mereka dan dipercayai ia bermula semenjak kemunculan dan penyebaran kebudayaan Dongson lagi. Hubungan yang erat antara masyarakat Thailand dengan beberapa kumpulan etnik di perbatasan Thailand dengan negara jiran menyebabkan objek ini mudah tersebar dan diamalkan secara bersama. Hasil kajian juga mendapati penemuan gendang gangsa di Thailand melibatkan semua klasifikasi seperti yang diperkenalkan oleh Franz Heger sejak 1902, namun demikian majoritinya adalah gendang gangsa daripada jenis Heger I dan Heger III. Secara keseluruhannya, penemuan gendang gangsa di Thailand amat penting dalam menjelaskan tradisi penggunaan gendang gangsa dalam kalangan masyarakat di Thailand semenjak ratusan tahun dahulu sehingga kini.

Item Type:Article
Keywords:Zaman logam; Motif; Fungsi; Sosiobudaya; Gendang gangsa
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:17949
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 06:45
Last Modified:15 Jan 2022 08:02

Repository Staff Only: item control page