Tinggalan warisan monumen di Kota Melawati : satu penilaian semula

Mohd Haidi Mohd Kasran, and Rozeha Harun, and Mohd Hairul Izwan Mohd Kasran, (2021) Tinggalan warisan monumen di Kota Melawati : satu penilaian semula. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (2). pp. 113-128. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Makalah ini ditulis bertujuan untuk meneliti dan mengisahkan tentang kewujudan beberapa monumen di Kota Melawati di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kewujudan monumen di Kota Melawati bukan sahaja dapat dilihat sebagai pusat pelancongan malahan lebih teliti merupakan monumen yang mempunyai kisah sejarah yang merupakan salah satu bukti wujudnya Kerajaan Kesultanan Selangor dan unsur penjajahan negeri Selangor. Metodologi kajian sejarah telah digunakan dalam penulisan ini bergantung kepada sumber primer dan sekunder, di samping dilaksanakan kajian lapangan untuk mengumpul data bagi memastikan setiap kandungan diisi dengan maklumat yang bertepatan dan bersesuaian. Antara monumen yang terdapat di Kota Melawati ialah Batu Hampar, Busut Melawati, Tangga Seratus, Meriam Tiga Sederet, Meriam Penggawa dan Rumah Api. Pastinya di sebalik kewujudan monumen ini di Kota Melawati mempunyai kisahnya tersendiri yang berkaitan hubungan dengan kerajaan kolonial, kisah diplomatik dan politik serta kisah peperangan yang menjadikan latar belakang kewujudan negeri Selangor penuh dengan warna-warni sejarah kehidupan.

Item Type:Article
Keywords:Monumen; Kisah; Sejarah; Bukti; Kerajaan; Selangor
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:17952
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 07:31
Last Modified:15 Jan 2022 08:05

Repository Staff Only: item control page