Permainan kinect latihan pemulihan strok sebagai modaliti untuk terapi di rumah

Azrulhizam Shapii, and Nur Azlin Nor Bahari, and Zainal Rasyid Mahayuddin, (2021) Permainan kinect latihan pemulihan strok sebagai modaliti untuk terapi di rumah. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 10 (2). pp. 15-36. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
916kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/recent-article.php

Abstract

Latihan pemulihan konvensional adalah membosankan, biasanya ia mengurangkan motivasi pesakit strok untuk melakukannya. Oleh itu pesakit memerlukan program yang boleh menarik perhatian mereka melakukan latihan pemulihan tambahan di rumah. Objektif penyelidikan ini adalah mengenal pasti keperluan permainan pemulihan pasca strok berdasarkan permainan konvensional, mereka bentuk permainan pemulihan yang bersesuaian dengan latihan pemulihan konvensional, dan menguji keberkesanan permainan pemulihan. Dalam permainan ini terdapat dua jenis permainan dan tiga jenis pergerakan latihan pemulihan yang digunakan untuk berinteraksi dengan permainan. Prototaip permainan dihasilkan berdasarkan empat perkara iaitu elemen permainan pemulihan, jenis pergerakan latihan pemulihan, kekangan pesakit pasca strok terhadap tekonologi dan prinsip asas reka bentuk antara muka. Kinect digunakan dalam permainan ini untuk berinteraksi memandangkan pesakit menghadapi kekangan fizikal. Dengan menggunakan Kinect, pesakit tidak terikat dengan sebarang alat untuk berinteraksi dengan permainan. Permainan ini juga menambah konteks sosial yang memberi peluang kepada pesakit mempunyai teman bermain bersama secara persaingan atau kerjasama. Permainan ini diterima oleh pesakit pasca strok dan ahli keluarga dengan memberikan cadangan penambah baikan setelah dinilai dengan penilaian secara permerhatian dan sesi temubual. Sumbangan penyelidikan ini adalah mengukur sejauh mana keberkesanan konsol permainan Kinect dan permainan pemulihan ini dapat membantu pesakit strok melakukan latihan tambahan di rumah tanpa pengawasan pegawai terapi.

Item Type:Article
Keywords:Kinect; Pemulihan; strok; Senaman; Pergerakan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17954
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 08:12
Last Modified:15 Jan 2022 08:10

Repository Staff Only: item control page