Nurul Faeizah Husin, and Hairulliza Mohamad Judi, and Siti Aishah Hanawi, (2021) Pembelajaran pengaturcaraan bermakna melalui integrasi teknologi : tahap perlaksanaan dan penggunaan. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 10 (2). pp. 77-94. ISSN 2289-2192
|
PDF
877kB |
Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/recent-article.php
Abstract
Integrasi teknologi merupakan gabungan aplikasi, media, sistem, pendekatan serta teknik yang dipandu oleh teknologi maklumat dan komunikasi untuk meningkatkan keterlibatan pelajar dan keberkesanan pemahaman pembelajaran. Pembelajaran pengaturcaraan menghadapi cabaran keterbatasan peluang pelajar dalam menyelesai masalah sebenar sehingga minat dan potensi mereka tidak dibangunkan secara konsisten. Integrasi teknologi berpotensi memberikan penyelesaian kepada masalah ini, namun penggunaan teknologi yang tidak bertetapan menyebabkan pelajar tidak memperoleh makna dalam pembelajaran serta kurang keyakinan dalam menyelesai masalah. Kajian ini membangunkan kerangka dalam perlaksanaan integrasi teknologi bagi mempromosi pembelajaran bermakna untuk pelajar pra-siswazah yang mengikuti kursus pengaturcaraan. Kajian juga mengukur tahap kekerapan dan penggunaan integrasi teknologi dalam pembelajaran bermakna bagi kursus pengaturcaraan. Kajian mengenalpasti lima elemen utama melalui sorotan susastera bagi membangunkan kerangka iaitu teknologi pembelajaran, keterampilan, penerapan teknologi, elemen pembelajaran bermakna dan pembelajaran kontekstual. Seterusnya, pengukuran tahap kekerapan dan penggunaan integrasi teknologi dilaksanakan ke atas sampel 109 pelajar pra- siswazah yang mengikuti kursus pengaturcaraan melalui pensampelan rawak berstrata. Kerangka kajian dijangka memberi panduan tentang integrasi teknologi yang dilaksanakan dalam pembelajaran pengaturcaraan bermakna secara spesifik dan mengukur elemen yangberkaitan. Dapatan kajian pula dijangka dapat membantu pendidik dan pentadbiran bagi menerap dan menambahbaik penggunaan integrasi teknologi dalam pembelajaran bermakna bagi kursus pengaturcaraan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembelajaran bermakna; Pengaturcaraan; Integrasi teknologi |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 17958 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2022 08:44 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 08:14 |
Repository Staff Only: item control page