Mohd Nazri Ahmad, and Mohd Shabri Yusof, (2021) Keautoritian sahabat Nabi SAW dan Tabi’in dalam periwayatan hadith-hadith Asbab Al-Nuzul. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (2). pp. 1-11. ISSN 0128-0899
|
PDF
919kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...
Abstract
Asbab al-Nuzul merupakan komponen terpenting dalam pentafsiran al-Qur’an. Ketepatan tafsiran sesuatu ayat al-Qur’an adalah bergantung kepada pengetahuan tentang Asbab al-Nuzul. Membelakangi ilmu Asbab al-Nuzul ketika mentafsirkan sesuatu ayat al-Qur’an akan mengundang implikasi yang besar terhadap kefahaman tentang ayat tersebut. Kebanyakan kitab-kitab Tafsir samada dahulu ataupun sekarang akan menyajikan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul. Namun kebanyakan daripadanya hanya sekadar menyebut riwayat tanpa disertakan sanad yang lengkap, sumber pengambilan dan kritikan terhadap riwayat tersebut. Adalah menjadi kewajipan setiap pembaca untuk memastikan kesahihan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang dipersembahkan oleh mufassir di dalam kitab-kitab mereka. Artikel ini akan membincangkan sumber-sumber yang berautoriti dalam mengetahui riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang sahih supaya pemahaman terhadap ayat-ayat al-Qur’an menjadi lebih tepat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara analisis beberapa buah kitab Asbab al-Nuzul, Ulum al-Qur’an dan Ulum al-Hadith. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati ketidak prihatinan umat Islam terhadap sumber Asbab al-Nuzul yang sahih telah memberi impak negatif terhadap akidah umat Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Asbab al-Nuzul; Sahabat Nabi SAW; Tabi’in; Periwayatan; Hadith |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 17965 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2022 01:28 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 08:32 |
Repository Staff Only: item control page