Analisis aplikasi pendekatan Tafsīr Bi Al-Ma’thūr di dalam Majalah Dabiq terbitan Kumpulan ISIS - tinjauan awal

Pg. Ahmad Hasanuddin Pg. Tejudin, and Mohd Faizulamri Mohd Saad, and Muhammad Uzair Izham, (2021) Analisis aplikasi pendekatan Tafsīr Bi Al-Ma’thūr di dalam Majalah Dabiq terbitan Kumpulan ISIS - tinjauan awal. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (2). pp. 20-26. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Tafsīr Bi al-Ma’thūr merupakan kaedah penafsiran utama di dalam bidang Tafsir. Rentetan daripada penerbitan majalah Dabiq oleh Kumpulan Islamic State of Iraq and al-Sham (ISIS) yang dilihat mengandungi naratif berunsurkan keganasan menggunakan tafsiran ayat-ayat al-Quran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat tinjauan awal di dalam menganalisis aplikasi pendekatan Tafsīr Bi al-Ma’thūr terhadap ayat-ayat al-Quran yang terdapat di dalam majalah tersebut. Reka bentuk kualitatif menggunakan kaedah pendekatan analisis kandungan (content analysis) digunakan dalam kajian ini sebagai metode kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat pendekatan Tafsīr Bi al-Ma’thūr digunakan oleh ISIS di dalam majalah tersebut. Walaubagaimanapun, jika melihat kepada konteks tafsiran ayat-ayat tersebut, ia telah digunakan sebagai justifikasi untuk menyeru kepada hijrah, jihad, menumpahkan darah dan menubuhkan Khilafah. Ini sekaligus menunjukkan bahawa pendekatan Tafsīr Bi al-Ma’thūr saja belum mencukupi untuk memastikan sebuah konteks tafsiran itu terhindar daripada kesalahan. Justeru, pengkaji mencadangkan kajian lanjutan dijalankan untuk membuat perbandingan dengan karya Tafsīr Bi al-Ma’thūr yang terpilih bagi melihat sejauhmana kesinambungan tradisi Tafsīr Bi al-Ma’thūr yang diaplikasikan di dalam majalah Dabiq ini adakah ianya bertepatan dengan karya Tafsīr Bi al-Ma’thūr yang sedia ada ataupun ia hanya menepati satu sudut saja tetapi berbeza dari sudut yang lain bagi membenarkan ideologi ISIS tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Islamisme; ISIS; Al-Quran; Tafsir Bi Al-Ma’thūr; Ekstremisme; Radikalisme
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17967
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 01:39
Last Modified:15 Jan 2022 08:35

Repository Staff Only: item control page