Kepelbagaian medium penyampaian dakwah Abdul Hadi Awang semasa pandemik

Syamimi Amira Shamsul Baharin, and Najah Nadiah Amran, (2021) Kepelbagaian medium penyampaian dakwah Abdul Hadi Awang semasa pandemik. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (2). pp. 27-38. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
692kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pelbagai sektor dan bidang termasuk bidang dakwah. Ketika pandemik COVID 19 berlaku, hampir semua aktiviti terpaksa dihentikan termasuk dakwah secara bersemuka. Dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim mukallaf dan merupakan sebahagian daripada Islam. Ianya perlu dilakukan mengikut kesesuaian keadaan, sasaran dakwah, pendekatan dakwah dan sebagainya. Oleh sebab itu, walaupun berlakunya pandemik COVID-19, dakwah masih perlu dilakukan. Namun, pendekatan yang sesuai perlu digunakan untuk menyesuaikan dengan keadaan pandemik yang berlaku. Kertas kerja ini membincangkan transformasi dakwah ketika pandemik COVID-19 salah seorang tokoh ulama, pemimpin dan pendakwah yang terkemuka iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kajian dilakukan berbentuk analisis dokumen dan pemerhatian bagi mengumpul data utama dan kaedah analisis data dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan berlaku transformasi pada pendekatan dakwah beliau kerana dakwah secara atas talian di media sosial telah digunakan secara menyeluruh oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di era pandemik COVID-19. Beliau menggunakan pendekatan dakwah melalui internet iaitu dengan menggunakan media sosial sebagai medium utamanya dalam melaksanakan dakwah tanpa sempadan. Media sosial yang digunakan khususnya adalah di aplikasi YouTube, Facebook, Instagram, Telegram dan Twitter.

Item Type:Article
Keywords:Medium penyampaian dakwah; Abdul Hadi Awang; Pandemik
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17968
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 01:44
Last Modified:15 Jan 2022 08:37

Repository Staff Only: item control page