Pendekatan pengurusan stres berdasarkan konsep al-nafs : kajian terhadap ayat-ayat al-Quran terpilih

Siti Hasmah Muhamad Don, and Asmawati Muhamad, and Che Zarrina Sa’ari, (2021) Pendekatan pengurusan stres berdasarkan konsep al-nafs : kajian terhadap ayat-ayat al-Quran terpilih. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (2). pp. 53-61. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
561kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan juga tempat. Ia juga boleh berlaku sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Secara amnya, stres turut mendatangkan kebaikan kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan prestasi seseorang. Walaupun begitu, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada manusia, terutamanya jika ia berlaku secara berlebihan dan tidak dikawal dengan sebaiknya. Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan pengurusan stres berdasarkan konsep al-nafs dengan penekanan kepada kajian ayat-ayat al-Quran terpilih. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasi analisis dokumen dan analisis kandungan sebagai metodologi kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa al-nafs yang ada di dalam diri manusia sangat mempengaruhi penghasilan suatu tingkah laku termasuklah tingkah laku yang berkait dengan stres. Di samping itu, kajian juga memperlihatkan di dalam al-Quran kebanyakan ayat-ayat tentang pendekatan pengurusan stres adalah bersifat umum dan menyeluruh iaitu meliputi keadaan sedih, berputus asa, kecewa, resah dan sebagainya. Justeru, dengan mendalami ayat-ayat al-Quran tersebut terutamanya dalam konteks al-nafs ia dapat membantu seseorang untuk memahami isi kandungan ayat serta mengaplikasi pendekatan-pendekatan pengurusan stres dengan lebih berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Stres; Pengurusan stres; Konsep al-Nafs; Ayat-ayat al-Quran
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17970
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 01:59
Last Modified:15 Jan 2022 08:39

Repository Staff Only: item control page