Asbab Al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan

Mohd Nazri Ahmad, and Izmir Fareez Noorazalan, and Hamdi Ishak, (2021) Asbab Al-Nuzul di dalam Tafsir Nurul Ihsan. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (2). pp. 63-68. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
689kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/ 1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbāb al-Nuzūl telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Artikel ini akan mengulas secara umum tentang Asbab al-Nuzul didalam Tafsir Nurul Ihsan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl iaitu Tafsīr al-Jalālayn dan al-Futuhāt al-Ilāhiyyah atau lebih dikenali dengan Hāshiah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl, 68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da’if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbāb al-Nuzūl yang dacif memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.

Item Type:Article
Keywords:Tafsir Nurul Ihsan; Muhammad Sa’id bin Umar; Asbāb al-Nuzūl
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17971
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 02:03
Last Modified:12 Jan 2022 02:03

Repository Staff Only: item control page