Pembangunan kerohanian usahawan Melayu di Malaysia : tinjauan dari perspektif guru-guru Murshid

Abu Yazid Abdul Kadir, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, and Salmy Edawati Yaacob, (2021) Pembangunan kerohanian usahawan Melayu di Malaysia : tinjauan dari perspektif guru-guru Murshid. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 6 (2). pp. 68-77. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
751kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Kerohanian merupakan aspek paling penting dalam diri seseorang usahawan Melayu. Sistem kerohanian seorang usahawan yang terdiri daripada hati, nafsu, akal dan roh perlu di bangunkan melalui kaedah bimbingan seorang guru murshid. Kegagalan usahawan Melayu untuk membangunkan sistem kerohanian adalah disebabkan oleh faktor kekurangan amalan kerohanian seperti suluk, suhbah, adab, zikir, puasa, solat, zakat dan muraqabah. Kajian ini akan meneliti faktor tersebut secara mendalam khususnya terhadap usahawan bertarekat dengan usahawan tidak bertarekat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan-amalan kerohanian dari sudut pandang guru-guru murshid yang membawa kejayaan dalam bidang keusahawanan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan, pemerhatian dan kaedah temubual mendalam. Hasil kajian mendapati amalan kerohanian mempengaruhi sifat peribadi usahawan, membina keyakinan diri, membina sistem pertahanan diri, dan membentuk akhlak mulia. Di samping itu, amalan kerohanian turut membantu kepada aspek pengurusan diri dan perniagaan yang lebih bermanfaat sehingga membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Item Type:Article
Keywords:Usahawan; Pembangunan kerohanian; Amalan kerohanian
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:17972
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 02:08
Last Modified:15 Jan 2022 08:40

Repository Staff Only: item control page