Nur Mohd Iqzuan Samsudin, and Asma Hakimah Ab. Halim, and Rasyikah Md. Khalid, (2021) Adakah kecerdasan buatan boleh berfungsi sebagai Penasihat Syariah? Analisis peranannya dalam sektor pasaran modal Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 3-15. ISSN 0216-5636
|
PDF
297kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Abstract
Teknologi kecerdasan buatan akan memberi kesan yang besar terhadap pelbagai bidang pekerjaan professional, termasuklah bidang pekerjaan dalam sektor-sektor kewangan dan undang-undang. Hakikatnya telah wujud suatu kecenderungan untuk mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan ini dalam sektor pasaran modal Islam. Malah kini telah wujud satu cadangan untuk menggantikan peranan yang dimainkan oleh Penasihat Syariah dengan teknologi kecerdasan buatan. Kajian yang dilaksanakan adalah suatu kajian perundangan yang mengguna pakai kaedah kualitatif. Pendekatan pensejarahan perundangan dipilih bagi memaparkan tanggungjawab Penasihat Syariah dalam penjelmaan konsep urbanisme Islam. Konsep urbanisme Islam ini berkait rapat dengan teknologi kecerdasan buatan dan pasaran modal memandangkan lokus utama di mana kedua-duanya berfungsi adalah di bandar. Kajian yang dijalankan telah mensasarkan 3 objektif. Ianya menganalisis peranan serta pengoperasian teknologi kecerdasan buatan, pasaran modal Islam serta peranan yang dimainkan oleh seorang Penasihat Syariah dalam sektor tersebut. Ianya kemudiannya mengenal pasti permasalahan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam pasaran modal Islam. Ianya seterusnya mencadangkan penyelesaian kepada idea penggunaan teknologi kecerdasan yang dicadangkan. Artikel ini mendapati terdapat batasan kepada keupayaan teknologi tersebut dalam menggantikan peranan Penasihat Syariah di sektor pasaran modal Islam. Ini kerana, walaupun teknologi kecerdasan buatan adalah canggih, ianya hanya mampu menangani dunia fizikal bandar, gagal menjelmakan konsep urbanisme Islam, sekaligus tidak berupaya menggantikan peranan yang dimainkan oleh para Penasihat Syariah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecerdasan buatan; Penasihat Syariah; Pasaran modal Islam; Urbanisme Islam |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 17978 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2022 04:38 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 08:55 |
Repository Staff Only: item control page