Analisis proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah

Mohamad Azhan Yahya, and Hammad Mohamad Dahalan, and Suhaizad Saifuddin, (2021) Analisis proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 17-28. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398

Abstract

Proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah perlu memenuhi prinsip syariah berkaitan keadilan dan pembuktian bagi memastikan keterangan dokumen elektronik yang dikumpul diterima sebagai asas pensabitan kes di mahkamah. Kegagalan mematuhi dan memenuhi prinsip syariah tersebut boleh menyebabkan kesahihan keterangan dokumen elektronik boleh dipertikaikan serta tidak dapat membantu mahkamah membuat penghakiman dengan baik. Objektif pertama kajian adalah untuk mengenal pasti prinsip syariah dan peruntukan undang-undang berkaitan dengan pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah dalam Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. Objektif kedua kajian adalah untuk menganalisis kelompangan dalam peruntukan undang-undang berkaitan dengan proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah. Objektif ketiga kajian pula bertujuan untuk mencadangkan pindaan ke atas peruntukan undang-undang serta mewujudkan mekanisme yang menyokong pengumpulan keterangan dokumen elektronik untuk menangani permasalahan yang wujud. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perundangan tulen yang melibatkan kajian terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah. Kaedah kajian doktrinal dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa peruntukan undang-undang serta mekanisme yang menyokong proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes jenayah syariah masih tidak jelas. Kajian mencadangkan agar Prosedur Operasi Tetap (SOP) dibina bagi proses pengumpulan keterangan tersebut agar semua tatacara dan proses terbabit lebih tersusun dan terperinci.

Item Type:Article
Keywords:Keterangan dokumen elektronik; Proses pengumpulan; Kes jenayah syariah; Mahkamah syariah; Prosedur operasi standard
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17979
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 04:44
Last Modified:15 Jan 2022 08:57

Repository Staff Only: item control page