Azizah Mat Rashid, and Nor Adha Abd. Hamid, and Ahmad Azam Mohd Shariff, and Adibah Bahori, and Masnooraini Mohiddin, (2021) Aplikasi kaedah Sadd Al-Dharaci dalam mengekang persetubuhan luar nikah : analisis terhadap peruntukan Undang-undang jenayah Syariah di Malaysia dan Brunei. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 29-42. ISSN 0216-5636
|
PDF
333kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Abstract
Sadd al-dharaci bermaksud menyekat sesuatu yang boleh menyumbang kepada berlakunya sebarang kerosakan seperti mencegah perlakuan khalwat bagi mengelakkan perlakuan perzinaan. Adalah penting untuk mengaplikasikan kaedah tersebut apabila melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah. Kajian ini berfokuskan kepada pelaksanaan peruntukan undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia dan Brunei. Ianya dilakukan bagi memenuhi tiga objektif kajian. Pertama, ianya menganalisis peruntukan undang-undang yang bertujuan mengekang masalah persetubuhan luar nikah berdasarkan kaedah Sadd al-dharaci. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan berkaitan pelaksanaan peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah. Ketiga, ianya mencadangkan saranan kepada permasalahan yang dikenal pasti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data-data diperolehi secara kajian perpustakaan dan temu bual separa struktur bersama beberapa orang pelaksana undang-undang. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kritis dan induktif bagi mencapai dapatan. Kajian mendapati terdapat beberapa peruntukan kesalahan yang boleh dimanfaatkan untuk mencegah kesalahan persetubuhan luar nikah dalam konteks peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemakaian peruntukan tersebut kurang menyeluruh kerana hanya tertumpu kepada beberapa peruntukan kesalahan lazim seperti khalwat, melakukan persetubuhan haram dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Adalah dicadangkan agar penguatkuasaan menyeluruh termasuk peruntukan yang jarang dikuatkuasakan, perlu dilakukan. Dalam masa sama, beberapa pindaan perlu dilakukan ke atas peruntukan undang-undang berkaitan bagi tujuan penambahbaikan dan penyeragaman. Sementara itu, kajian turut mengenal pasti persamaan senario di Brunei dan Malaysia berkaitan statistik kesalahan khalwat yang sentiasa meningkat. Di Brunei contohnya, kebanyakan aduan yang dilaporkan tidak sampai ke peringkat pendakwaan disebabkan pelbagai isu dan halangan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan. Hal ini timbul kerana tiada garis pandu yang standard yang mengawal selia kedua-dua aspek. Adalah disarankan agar beberapa peruntukan penguatkuasaan, pendakwaan dan pentadbiran diperkasakan. Beberapa pelan tindakan turut perlu dilaksanakan demi memastikan pelaksanaan yang lancar dan berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sadd al-dharaci; Undang-undang jenayah Syariah; Persetubuhan luar nikah; Mafsadah; Khalwat |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 17980 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2022 04:51 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 08:58 |
Repository Staff Only: item control page