Harta sepencarian : isu dan konflik perundangan dalam tuntutan selepas kematian dari perspektif undang-undang tanah di Malaysia

Rabi’ah Muhammad Serji, and Mazliza Mohamad, and Safinaz Mohd Hussein, and Mahmud Zuhdi Mohd Nor, (2021) Harta sepencarian : isu dan konflik perundangan dalam tuntutan selepas kematian dari perspektif undang-undang tanah di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 43-53. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
275kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398

Abstract

Tuntutan harta sepencarian telah diiktiraf oleh undang-undang di Malaysia dan dikanunkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri. Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat dalam tiga keadaan. Keadaan pertama ialah apabila berlakunya perceraian. Selain itu, senario-senario seperti poligami dan kematian salah seorang pasangan turut boleh dijadikan sebagai asas kepada tuntutan harta sepencarian. Kajian ini mensasarkan tiga objektif. Pertama, menganalisis prinsip undang-undang berkaitan harta sepencarian di Malaysia. Kedua, mengenalpasti isu dan permasalahan berkaitan tuntutan harta sepencarian khususnya tuntutan selepas kematian. Ketiga, mencadangkan penyelesaian kepada isu dan permasalahan yang telah dikenalpasti. Kajian mendapati permasalahan yang timbul dalam tuntutan harta sepencarian khususnya tuntutan selepas kematian biasanya melibatkan konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ini kerana tuntutan ke atas harta peninggalan simati akan melibatkan perkara probet dan surat kuasa mentadbir. Walau pun peruntukan undang-undang menentukan tuntutan harta sepencarian berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, namun perkara probet dan surat kuasa mentadbir pula berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Senario ini mengakibatkan kekeliruan dalam pelaksanaan perintah. Kajian dengan ini mencadangkan agar peruntukan undang-undang terbabit dipinda dengan memasukkan peruntukan berkaitan tuntutan selepas kematian. Dalam masa yang sama, peruntukan di perenggan 4(e)(ii), butiran 1, Senarai I - Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan juga harus dipinda untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Item Type:Article
Keywords:Harta sepencarian; Bidang kuasa; Undang-undang tanah; Probet; Undang-undang keluarga
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17981
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 06:42
Last Modified:15 Jan 2022 08:59

Repository Staff Only: item control page