Kedudukan keterangan forensik dari sudut fiqh

Syazwan Mohd. Yusof, and Ramalinggam Rajamanickam, and Asma Hakimah Ab. Halim, (2021) Kedudukan keterangan forensik dari sudut fiqh. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 55-66. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
385kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398

Abstract

Undang-undang syariah telah disyariatkan oleh Allah SWT berdasarkan wahyu yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW. Al-Quran telah menjelaskan kepelbagaian bidang ilmu yang merangkumi hukum-hakam tentang bidang jenayah, keterangan Islam, muamalah dan sebagainya. Dari sudut undang-undang keterangan Islam pula, qārinah diiktiraf sebagai satu kaedah pembuktian dalam Islam. Terdapat pelbagai kaedah pembuktian yang diterima dalam Islam seperti iqrār (pengakuan), shahādah (pengakuan) dan qārinah. Dalam konteks ini, qārinah juga merupakan keterangan bersandarkan keadaan yang dikenali sebagai shawāhidul hāl dan hal ini termasuklah pembuktian forensik yang disepakati oleh para fuqaha. Terdapat permasalahan berkaitan kefahaman para pengamal undang-undang dalam konteks kedudukan keterangan forensik di mahkamah syariah. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan keterangan forensik dari sudut fiqh dan menganalisis kedudukan keterangan forensik yang boleh diterima di mahkamah syariah berpandukan nas-nas syarak daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah penyelidikan secara kualitatif digunakan. Pengumpulan data dilakukan dengan dua kaedah, iaitu kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Hasil penyelidikan mendapati bahawa keterangan forensik boleh diterima sebagai suatu bentuk keterangan di mahkamah berdasarkan hukum fiqh. Penyelidikan juga mendapati bahawa walaupun terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Hadith yang membenarkan keterangan forensik diterima, mahkamah syariah masih mengutamakan kaedah pembuktian secara tradisi, iaitu iqrar (pengakuan) dan shahadah (kesaksian). Oleh itu, penyelidikan mencadangkan agar kefahaman para pengamal undang-undang dan kehakiman dipertingkatkan dan diperluas secara akademik atau latihan dengan berpandukan rujukan kitab-kitab fiqh yang muktabar agar keterangan forensik diterima di mahkamah syariah dan penerimaannya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Item Type:Article
Keywords:Keterangan forensik; Qārinah; Fiqh; Kaedah fiqh; Mahkamah Syariah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17982
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 06:50
Last Modified:15 Jan 2022 09:00

Repository Staff Only: item control page