Suhaizad Saifuddin, and Ahmad ‘Azam Mohd Shariff, and Muhamad Helmi Md Said, and Mohamad Azhan Yahya, (2021) Kepentingan aspek keterangan dalam penulisan alasan penghakiman kes jenayah Syariah di Malaysia : satu analisis. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 67-77. ISSN 0216-5636
|
PDF
291kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Abstract
Penulisan alasan penghakiman adalah merupakan suatu proses penghakiman yang penting bagi menzahirkan keadilan di mahkamah. Dalam sebuah kes jenayah syariah, ia melibatkan penjagaan hak dan maruah kerana tertuduh boleh disabitkan dengan sesuatu kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Oleh itu, penulisan sesuatu alasan penghakiman adalah amat signifikan dalam menjelaskan bagaimana dan mengapa sesuatu penghakiman itu diputuskan. Salah satu aspek alasan penghakiman yang perlu dijelaskan ialah aspek keterangan. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis penulisan aspek keterangan dalam alasan penghakiman kes jenayah syariah. Penulisan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh para hakim syarie berkaitannya serta mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang berlaku berhubung penulisan aspek keterangan dalam penulisan alasan penghakiman. Penulisan ini menggunakan kerangka kajian kualitatif. Penulisan ini mendapati bahawa terdapat beberapa kompenan keterangan yang penting yang perlu ada dalam sebuah alasan penghakiman dalam sesuatu kes jenayah syariah. Penulisan ini juga mendapati bahawa aspek keterangan kurang diberi penekanan dalam alasan-alasan penghakiman kes jenayah syariah malah kebanyakan alasan penghakiman mengulas aspek keterangan terlalu ringkas dan kurang jelas. Justeru, adalah dicadangkan supaya kefahaman dan penekanan hakim syarie terhadap undang-undang keterangan dalam penulisan alasan penghakiman kes jenayah syariah dipertingkatkan. Selain itu, penerbitan laporan kes jenayah syariah dalam Jurnal Hukum perlu diperbanyakkan agar ianya menjadi panduan bagaimana aspek keterangan harus diulas dalam sesebuah penulisan alasan penghakiman.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Alasan penghakiman; Keterangan; Kes jenayah syariah; Mahkamah Syariah; Keadilan |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 17983 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2022 06:55 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 09:01 |
Repository Staff Only: item control page