Maqasid memelihara akal (Hifz al-‘Aql) dan hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Hasbollah Mat Saad, and Ramalinggam Rajamanickam, (2021) Maqasid memelihara akal (Hifz al-‘Aql) dan hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 93-104. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398

Abstract

Dewasa ini, isu berkenaan dengan pemakaian Maqasid as-Syariah (Hifz al-‘Aql) dalam pembentukan modal insan semakin menjadi topik perbincangan yang hangat diperkatakan oleh masyarakat umum. Perkara-perkara yang berkaitan dengan Maqasid as-Syariah (Hifz al-‘Aql) ini bukanlah suatu perkara yang asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Sebagai langkah proaktif dalam mendepani isu ini, satu sudut pandangan yang positif perlu dilihat dalam hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia merupakan kerangka utama dalam pembentukan modal insan yang holistik dan berdaya saing di peringkat global. Objektif utama artikel ini adalah untuk meneliti konsep Maqasid as-Syariah (Hifz al-‘Aql), konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta pengaplikasian konsep-konsep tersebut dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kaedah kajian secara konseptual dan kualitatif digunakan dalam menjalankan kajian bagi artikel ini. Artikel ini meliputi kajian yang komprehensif terhadap dua teras utama ini untuk mengenal pasti sejauh manakah pengharmonian konsep Maqasid as-Syariah (Hifz al-‘Aql) dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan bagi memperkasakan dan merealisasikan generasi yang berketrampilan pada masa yang akan datang. Artikel ini juga menilai tahap aplikasi dan pengaruh konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta kesan pembaharuan pendidikan yang berteraskan prinsip-prinsip Islam dalam sistem pendidikan di Malaysia. Skop perbincangan artikel ini juga akan meliputi kajian terhadap pemakaian elemen-elemen Maqasid as-Syariah (Hifz al-‘Aql) yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan ini juga akan membuka lebih banyak ruang untuk meningkatkan serta melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Maqasid as-Syariah (Hifz al-’Aql); Falsafah Pendidikan Kebangsaan; Harmonisasi; Sistem pendidikan Malaysia; Modal insan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17985
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 07:06
Last Modified:15 Jan 2022 09:03

Repository Staff Only: item control page