Muhamad Sayuti Hassan, (2021) Pertembungan antara hak beragama dan hak penentuan kendiri Orang Asli : adakah DHOA sediakan solusi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 129-142. ISSN 0216-5636
|
PDF
327kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Abstract
Hak orang asal telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa khususnya hak penentuan kendiri melalui penerimaan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (DHOA) 2007 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Meskipun begitu, isu kebebasan beragama dalam kalangan Orang Asli masih belum mendapat penyelesaian yang menyeluruh disisi undang-undang. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis isu hak kebebasan beragama Orang Asli dari perspektif undang-undang domestik dan undang-undang antarabangsa. Selain itu, artikel ini juga mengenal pasti masalah dan mencadangkan penyelesaian kepada isu berkaitan hak beragama dalam kalangan Orang Asli. Bagi mencapai objektif tersebut, penulisan ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dengan memfokuskan kepada peruntukan undang-undang domestik seperti Perlembagaan Persekutan, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dan dasar-dasar tertentu serta undang-undang antarabangsa. Analisis di dalam artikel ini mendapati bahawa Orang Asli berhak dan bebas untuk menganut agama sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan Persekutuan. Hal ini adalah selari dengan hak penentuan kendiri yang dinyatakan di dalam DHOA dan undang-undang antarabangsa. Dalam konteks ini, sebuah pendekatan yang harmoni harus diimbangi agar isu sensitif seperti ini dapat ditangani dengan baik. Justeru, pendekatan yang dilihat lebih sesuai dan mesra terhadap Orang Asli haruslah diambil termasuklah memberi penekanan diberikan kepada aspek ekonomi, pendidikan dan isu utama bagi Orang Asli iaitu isu tanah adat. Tidak dinafikan bahawa isu agama adalah isu yang penting, tetapi isu tanah adat bagi Orang Asli adalah nyawa mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | DHOA; Orang asal; Orang Asli; Hak penentuan kendiri; Undang-undang antarabangsa; Kebebasan beragama |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 17988 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Jan 2022 07:25 |
Last Modified: | 15 Jan 2022 09:06 |
Repository Staff Only: item control page