Prosedur tatatertib Peguam Syarie di Mahkamah Syariah : analisis dari perspektif prinsip syariah

Hammad Mohamad Dahalan, and Mohamad Affendy Hj Junaidi, and Mohamad Rizal Abd Rahman, and Nur Khalidah Dahlan, and Mohamad Azhan Yahya, (2021) Prosedur tatatertib Peguam Syarie di Mahkamah Syariah : analisis dari perspektif prinsip syariah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43(SI) . pp. 153-163. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398

Abstract

Para ulama melakukan ijtihad ke atas permasalahan yang baharu berdasarkan kepada prinsip-prinsip syariah yang terdapat dalam al Quran dan al Sunnah. Ini termasuk usaha memperincikan lagi prinsip-prinsip syariah tersebut untuk membina undang-undang berkaitan tadbir urus prosedur tatatertib peguam syarie di Malaysia. Kajian berfokuskan kepada tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis prinsip syariah berkaitan tadbir urus prosedur tatatertib peguam syarie di mahkamah syariah di Malaysia. Kedua, ianya mengenal pasti permasalahan yang wujud dalam pengaplikasian tadbir urus prosedur tatatertib tersebut. Ketiga, ianya mencadangkan penyelesaian kepada permasalahan yang wujud. Kajian adalah suatu kajian perundangan tulen yang mengguna pakai kerangka kualitatif dalam analisisnya. Kajian mendapati tadbir urus prosedur tatatertib peguam syarie di bawah Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan Peguam Syarie digubal berdasarkan prinsip syariah berkaitan aduan, penyiasatan serta pembuktian yang menyokong prinsip keadilan menurut Islam. Walau bagaimanapun, kajian turut mendapati pengaplikasian prinsip-prinsip syariah berkaitan di bawah Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan Peguam Syarie yang berkaitan tadbir urus peguam syarie adalah tidak jelas dan kabur. Wujud keperluan yang mendesak untuk menangani permasalahan berkaitan tadbir urus prosedur tatatertib peguam syarie di bawah peruntukan undang-undang tersebut. Justeru, kajian mencadangkan agar pindaan dilakukan ke atas peruntukan undang-undang terbabit dengan mematuhi prinsip-prinsip syariah berkaitan aduan, penyiasatan serta pembuktian berkaitan tadbir urus prosedur tatatertib peguam syarie. Pindaan tersebut juga harus turut berlandaskan kepada Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah Persekutuan) 2019 serta Akta Profesion Undang-undang 1976.

Item Type:Article
Keywords:Peguam syarie; Mahkamah Syariah; Tadbir urus; Prinsip syariah; Prosedur tatatertib
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17990
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Jan 2022 07:38
Last Modified:15 Jan 2022 09:08

Repository Staff Only: item control page