Pravina Govindasamy, and Aizan Sofia Amin, and Nasrudin Subhi, (2021) Cabaran kaunselor dalam praktis kaunseling bagi orang kurang upaya di hospital. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 28-45. ISSN 1823-884x
|
PDF
291kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran kaunselor dalam praktis kaunseling bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di hospital. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan soalan temu bual separa struktur sebagai kaedah bagi meneroka cabaran kaunselor. Seramai lima orang kaunselor berdaftar yang sedang bertugas di hospital sekitar Lembah Klang dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bola salji untuk menjadi informan kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat lima cabaran utama yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu penolakan oleh klien OKU, kurang tahap pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan klien OKU, berdepan dengan jangkaan yang tinggi dan tidak realistik oleh orang yang terlibat dengan klien OKU, kaunseling klien OKU pelbagai budaya dan bahasa, dan kurang mendapat sokongan daripada keluarga klien OKU. Justeru itu kajian ini mencadangkan supaya mewujudkan satu prosedur yang baharu di hospital supaya klien OKU lebih mudah untuk mendapat akses bagi mencapai perkhidmatan kaunseling berbanding dengan praktis pada waktu ini iaitu melalui rujukan doktor. Satu dasar baharu perlu diwujudkan iaitu ‘Standard of Procedure’standard operasi baharu bagi OKU yang wajibkan OKU untuk mengikuti sesi kaunseling selepas ‘discharge’ bagi mendapat pengesahan kestabilan emosi dan penerimaan diri. Di samping itu, satu modul pembelajaran di institusi pengajian tinggi juga perlu diperkenalkan dengan mengintergerasikan pengetahuan klinikal dan pendedahan mengenai OKU dengan lebih mendalam supaya melahirkan kaunselor yang berkaliber. Dengan adanya ilmu klinikal, kaunselor boleh melihat klien OKU dari aspek psikologi dan klinikal dan ini akan membantu kaunselor untuk memberi terapi dengan lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cabaran; Kaunselor; Orang kurang upaya; Hospital; Praktis kaunseling |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 17995 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Jan 2022 04:43 |
Last Modified: | 31 Jan 2022 16:06 |
Repository Staff Only: item control page