Hubungan antara sumber tekanan dan tahap tekanan psikologi dalam kalangan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sepanjang pandemik COVID-19

Mohd Ferdaus Mat Lazin, and Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, and Nur Hidayah Muhamad Saleh, (2021) Hubungan antara sumber tekanan dan tahap tekanan psikologi dalam kalangan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sepanjang pandemik COVID-19. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 72-84. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
221kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan impak yang cukup besar, bukan sahaja dari aspek ekonomi dan gaya hidup, malah kesejahteraan mental juga. Menjadi petugas barisan hadapan, petugas-petugas kesihatan merupakan golongan yang cukup terkesan dengan wabak ini, terutamanya dari segi kesihatan mental mereka. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor tekanan dan tahap tekanan yang dialami oleh petugas kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sepanjang berlakunya wabak COVID-19. Seramai 94 orang responden telah terlibat dalam kajian ini melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian. Faktor tekanan dinilai dari dua komponen, iaitu faktor beban kerja dan faktor pengurusan masa. Analisis data mendapati min tekanan disebabkan bebanan kerja (min=3.6902) adalah lebih tinggi berbanding faktor pengurusan masa (min=3.5436). Paras tekanan para petugas kesihatan pula berada pada tahap sederhana (min=3.1489). Hasil analisis korelasi mendapati tiada hubungan signifikan antara faktor beban kerja dengan tahap tekanan (p= 0.769) dan faktor pengurusan masa dengan tahap tekanan (p= 0.530). Dapatan yang tidak signifikan ini boleh disumbangkan beberapa faktor, antaranya jumlah responden yang kurang. Kajian akan datang disarankan untuk dijalankan dengan skala persampelan yang lebih besar bagi meningkatkan tahap ketepatan hasil kajian.

Item Type:Article
Keywords:Petugas kesihatan; Pandemik COVID-19; Tekanan; Beban kerja; Pengurusan masa
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17998
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jan 2022 04:58
Last Modified:31 Jan 2022 16:17

Repository Staff Only: item control page