Lebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja : faktor risiko dan implikasinya

Norruzeyati Che Mohd Nasir, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Mohd Alif Jasni, and Hezzrin Mohd Pauzi, (2021) Lebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja : faktor risiko dan implikasinya. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 161-174. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
293kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416

Abstract

Salah satu isu kanak-kanak yang menjadi kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ialah epidemik lebihan berat badan dan obesiti. Statistik menunjukkan masalah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Namun, isu ini kurang mendapat perhatian dan jarang dibincangkan di media. Tidak banyak bahan literatur tempatan yang mengangkat isu ini untuk diketengahkan dalam wacana ilmiah. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan sorotan masalah lebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak merangkumi faktor risiko dan implikasinya kepada kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental kanak-kanak. Penulisan artikel ini adalah bersandarkan bahan-bahan literatur atau data sekunder yang diperolehi daripada buku, jurnal dan bahan di laman web berkaitan (seperti WHO). Berdasarkan penelitian literatur, faktor risiko utama yang menyebabkan lebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak ialah faktor genetik, status sosio ekonomi keluarga, psikologikal, amalan diet serta aktiviti fizikal dan cara hidup sedentari. Diharapkan artikel ini dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam bidang berkaitan seperti kesihatan awam, kerja sosial, psikologi, Pendidikan dan kaunseling. Semua pemegang taruh perlu memainkan peranan yang proaktif dalam mencegah masalah ini daripada terus meningkat.

Item Type:Article
Keywords:Lebihan berat badan; Obesiti; Kanak-kanak; Kesihatan; Faktor risiko
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jan 2022 06:59
Last Modified:31 Jan 2022 08:38

Repository Staff Only: item control page