Nur Saadah Mohamad Aun, and Aizan Sofia Amin, and Noor Nabilah Mansor, (2021) Meneroka beban kewangan penjagaan tidak formal pesakit hilang upaya. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 175-184. ISSN 1823-884x
|
PDF
238kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416
Abstract
Penjagaan pesakit hilang upaya selepas kemalangan memerlukan tempoh penjagaan yang lama memandangkan penjaga tidak mengetahui bila pesakit akan sembuh dan kebiasaannya penjagaan dilakukan secara tidak formal iaitu di rumah. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada beban kewangan dan kesan beban kewangan dalam penjagaan tidak formal. Temu bual secara mendalam dilakukan kepada sepuluh orang responden yang merupakan penjaga utama kepada pesakit hilang upaya dan tinggal di Kuala Terengganu. Data dianalisis secara manual bagi memperinci dengan lebih jelas tentang kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa tiga beban kewangan utama yang dialami oleh penjaga tidak formal iaitu kos perbelanjaan penjagaan, kos utiliti dan perubatan pesakit serta sumber kewangan yang terhad. Kesan beban kewangan dalam kajian ini iaitu perubahan dari segi kesihatan fizikal dan psikologikal penjaga, kemerosotan hubungan kekeluargaan dan masa penjaga yang terhad. Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada penjaga tidak formal, pekerja sosial, institusi dan jabatan yang terlibat, pengkaji-pengkaji dan sebagainya dalam meningkatkan kefungsiaan sosial penjaga tidak formal di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penjagaan tidak formal; Beban; Kewangan; Pesakit; Hilang upaya |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 18005 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Jan 2022 07:02 |
Last Modified: | 31 Jan 2022 08:40 |
Repository Staff Only: item control page