Meneroka kemahiran kebolehpasaran melalui sukarelawan khidmat bantu di rumah dalam kalangan belia

Khadijah Alavi, and Salina Nen, and Fauziah Ibrahim, (2021) Meneroka kemahiran kebolehpasaran melalui sukarelawan khidmat bantu di rumah dalam kalangan belia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 185-194. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
239kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada konsep kebolehpasaran dan kecenderungan untuk mewujudkan peluang pekerjaan melalui sukarelawan belia khidmat bantu di rumah. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka konsep kebolehpasaran dalam kalangan sukarelawan belia khidmat bantu di rumah. Artikel ini menggunakan analisis konseptual berpandukan kajian lepas dalam memperincikan kebolehpasaran dalam kalangan sukarelawan khidmat bantu di rumah oleh golongan belia. Artikel ini telah mengenalpasti 20 jurnal artikel hasil penerbitan yang berkaitan sukarelawan, penjagaan warga emas, khidmat bantu di rumah dan pengurusan kerja sosial dalam kerja komuniti. Artikel ini disediakan berpandukan kepada konseptual untuk menambah himpunan ilmu dalam bidang kesukarelawan terutama dalam penjagaan warga emas. Dapatan kajian dapat menyediakan input menerusi khidmat bantu di rumah yang dijalankan oleh organisasi dan individu, maka banyak perubahan sosial dalam kalangan warga emas telah dapat dicapai. Justeru, tahap penerimaan dan kebolehpasaran belia terhadap khidmat bantu di rumah perlu dikaji dengan lebih terperinci bagi membantu proses pembangunan masyarakat yang seimbang. Ini adalah kerana kajian keberkesanan sukarelawan belia yang memberi khidmat bantu di rumah masih kurang terutama berkaitan kompetensi dan kemahiran dalam kalangan sukarelawan belia yang terlibat dalam penjagaan warga emas. Kajian ini mencadangkan kemahiran dari segi kepimpinan, nilai kesukarelawanan dan kemahiran personal iaitu komunikasi perlu diterapkan kepada sukarelawan agar dapat dimanfaatkan oleh komuniti.

Item Type:Article
Keywords:Kebolehpasaran; Khidmat bantu di rumah; Warga emas; Sukarelawan; Kemahiran
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18006
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jan 2022 07:05
Last Modified:31 Jan 2022 08:33

Repository Staff Only: item control page