Penderitaan mangsa pemerdagangan orang di Malaysia

Nurul Nabila Mohd. Izani, and Norsharilla Hamdan, and Arena Che Kasim, and Jamiah Manap, (2021) Penderitaan mangsa pemerdagangan orang di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 195-209. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416

Abstract

Jenayah pemerdagangan orang melanggar hak asasi dan mencabul kehormatan manusia. Ia adalah perhambaan zaman moden yang mencalarkan imej, etika, kredibiliti serta hubungan antarabangsa. Penderitaan yang dilalui oleh mangsa pemerdagangan orang sewajarnya dipaparkan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka penderitaan yang dilalui oleh mangsa pemerdagangan orang di Malaysia. Pendekatan kualitatif kajian kes berganda digunakan untuk memahami situasi ini. Sejumlah 18 orang mangsa pemerdagangan orang di sebuah pusat perlindungan yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan persampelan bebola salji telah ditemu ramah secara berkumpulan (kumpulan berfokus). Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Kajian mendapati, mangsa pemerdagangan mengalami penderitaan fizikal, mental dan spiritual terutamanya dalam tempoh pemerdagangan. Sehubungan itu, pelan tindakan khas perlu dilaksanakan untuk mencegah, meningkatkan kesedaran masyarakat dan membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Kajian ini memberi implikasi kepada pertubuhan dan agensi kebajikan, penguatkuasaan, jenayah, pemulihan dan kerohanian untuk bersinergi bagi membantu mangsa pemerdagangan orang.

Item Type:Article
Keywords:Pemerdagangan orang; Psikologi pendidikan; Pembangunan belia; Kesejahteraan; Keluarga
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18007
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jan 2022 07:09
Last Modified:31 Jan 2022 08:41

Repository Staff Only: item control page