Penjagaan anak kurang upaya di Klang, Selangor : pengalaman hidup dan krisis yang dialami ibu

Shima Dyana Mohd Fazree, and Siti Marziah Zakaria, and Daniella Maryam Mohamed Mokhtar, (2021) Penjagaan anak kurang upaya di Klang, Selangor : pengalaman hidup dan krisis yang dialami ibu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (6(SI)). pp. 210-222. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
256kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416

Abstract

Kajian ini meneroka pengalaman ibu yang mempunyai anak kurang upaya di Malaysia. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk menilai krisis yang dihadapi oleh para ibu dalam proses membesarkan anak kurang upaya. Ibu seringkali dikenali sebagai penjaga utama kepada anak-anak. Oleh itu, adalah penting untuk memahami perspektif para ibu dalam mengasuh anak kurang upaya. Pendekatan temu bual secara mendalam digunakan ke atas sepuluh (10) orang ibu yang menghantar anak ke “sekolah khas” iaitu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Klang Selatan. Temu bual secara mendalam telah dijalankan untuk meneroka keunikan, cabaran dan pengalaman istimewa para ibu. Satu set 12 soalan separa berstruktur telah digunakan kepada sepuluh informan. Kajian ini dijalankan bermula daripada Januari sehingga Jun 2020 di PDK Klang. Data telah dianalisis secara bertema dan dirumuskan kepada lima (5) tema merangkumi krisis emosi, krisis kewangan, krisis kesihatan, krisis peranan dan krisis penolakan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa menjadi ibu yang mempunyai anak kurang upaya terkait dengan beberapa pengalaman negatif dan krisis. Namun, para ibu bertindak balas terhadap krisis yang dihadapi dengan strategi daya tindak termasuklah kerohanian, sokongan sosial, dan harapan dalam membesarkan anak kurang upaya. Dapatan ini memberi maklumat yang relevan untuk penambahbaikan polisi dan dasar kerajaan. Dasar Sosial Negara perlu lebih peka kepada keperluan anak-anak kurang upaya serta keluarga yang mempunyai anak kurang upaya. Program sokongan juga perlu dipergiatkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya. Agensi berkaitan perlu mengenalpasti keperluan setiap keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini.

Item Type:Article
Keywords:Penjagaan; Anak kurang upaya; Ibu; PDK; Krisis
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18008
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jan 2022 07:13
Last Modified:31 Jan 2022 16:12

Repository Staff Only: item control page