Analisis kinayah dalam hadith Riyad al-Salihin

Nur Syuhada Che Mat Amin, and Md Nor Abdullah, (2021) Analisis kinayah dalam hadith Riyad al-Salihin. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 1-14. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
366kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Kinayah ialah salah satu gaya bahasa yang terkandung dalam ilmu Bayan. Gaya bahasa ini terkandung dalam hadith Rasulullah serta mempunyai nilai sasteranya yang tersendiri. Kinayah secara tidak langsung mendatangkan unsur kesopanan dan keindahan dalam pertuturan serta teks. Namun begitu, unsur ilmu bayan yang lain seperti tashbih dan majaz adalah lebih kerap difokuskan dan didalami berbanding elemen kinayah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur kinayah yang terkandung dalam hadith Rasulullah menerusi Kitab Adab Riyad al-Salihin. Kajian kualitatif ini dijalankan secara deskriptif menggunakan teori Nazm al-Jurjani. Analisis dokumen dilakukan pada sampel kajian iaitu melibatkan 46 hadith dalam kitab adab tersebut. Kitab sharh hadith iaitu Dalil al-Falihin dan Nuzhat al-Muttaqin dijadikan rujukan sepanjang kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada semua hadith dalam Kitab Adab tersebut, gaya bahasa kinayah terkandung dalam 14 hadith. Gaya bahasa kinayah ternyata membawa maksud tersirat di samping makna zahir yang terbias pada lafaznya. Kajian ini diharapkan memberi pencerahan berkenaan penggunaan gaya bahasa ini dalam hadith Rasulullah serta dijadikan rujukan oleh pengkaji dalam bidang balaghah.

Item Type:Article
Keywords:Kinayah; Hadith; Rasulullah; Bahasa Arab
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18013
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 03:45
Last Modified:08 Feb 2022 07:24

Repository Staff Only: item control page