Islamisme Turki di persimpangan jalan: analisis sejarah dan perkembangan Milli Görüş Hareketi (MGH) (1970-2002)

Muhammad Khalis Ibrahim, and Mohd Roslan Mohd Nor, (2021) Islamisme Turki di persimpangan jalan: analisis sejarah dan perkembangan Milli Görüş Hareketi (MGH) (1970-2002). Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 104-120. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Gerakan Wawasan Nasional (Milli Görüş Hareketi-MGH) merupakan gerakan Islamis paling menonjol di Turki. Sebagaimana gerakan-gerakan Islamis yang lain, MGH turut berhadapan dengan konflik dalaman sehingga melahirkan dua kumpulan yang bertentangan. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejarah dan perkembangan MGH sejak awal penubuhannya sehingga ia mengalami kemuncak perpecahan dalaman pada tahun 2001. Berdasarkan metode analisis historikal terhadap teks-teks yang berkaitan, artikel ini mendapati bahawa cabaran dan penentangan yang dihadapi telah menatijahkan kepada perpecahan dalaman MGH sehingga melahirkan dua aliran dengan pendekatan yang berbeza. Aliran konservatif telah menubuhkan Parti Kebahagiaan (Saadet Partisi-SP), manakala aliran reformis pula mendirikan Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma Partisi-AKP). Persimpangan jalan yang berlaku dalam kalangan penggerak MGH ini menunjukkan wujudnya perbezaan intepretasi antara dua aliran dalam kumpulan yang sama terhadap isu dan cabaran yang juga sama. Dari sudut penerimaan dalam pilihan raya, AKP sememangnya lebih mendapat tempat di hati masyarakat yang secara umumnya cenderung kepada parti yang pragmatik, mampu beradaptasi dengan realiti sekularisme Turki dan mengutamakan agenda politik yang praktikal berbanding ideologikal. Hakikat ini jelas terzahir di mana sehingga kini, AKP masih menjadi parti paling dominan dalam lanskap politik Turki, manakala SP pula semakin terpinggir daripada sokongan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Islamisme; Islamis; Milli Görüş Hareketi; Adalet ve Kalkınma Partisi; Saadet Partisi
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18020
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 06:19
Last Modified:08 Feb 2022 07:52

Repository Staff Only: item control page