Sistem pendidikan kerajaan ‘Uthmaniyyah pada abad ke-16M

Nurul Syafina Rosman, and Farid Mat Zain, (2021) Sistem pendidikan kerajaan ‘Uthmaniyyah pada abad ke-16M. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 132-146. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
256kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Kerajaan cUthmāniyyah memberikan perhatian terhadap perkembangan intelektual dan pendidikan melalui pelbagai inisiatif. Institusi ilmiye menjadi sangat signifikan pada abad ke-16M. Ini kerana ia merupakan salah satu organisasi yang membantu melancarkan pentadbiran khususnya dalam aspek pendidikan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis transformasi sistem pendidikan Kerajaan ‘Uthmaniyyah sehingga abad ke-16M iaitu era yang dikenali sebagai zaman klasik. Selain itu, artikel ini mengenalpasti kelestarian antara institusi ilmiye dan sistem pendidikan kerajaan pada waktu itu. Selanjutnya, artikel ini bertujuan mengetengahkan pencapaian dan kesinambungan yang berlaku dalam sistem pendidikan Kerajaan ‘Uthmaniyyah dalam tempoh tersebut. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan mengaplikasi analisis dokumen. Penulisan ini mendapati bahawa kemuncak kegemilangan pemerintahan kerajaan Uthmāniyyah pada abad-16M tersebut turut melonjakan sistem pendidikan dan gerakan intelektualime pada satu tahap yang cemerlang hingga menyaksikan beberapa orang ulama terkenal muncul seperti Ebussuûd Efendi. Namun begitu pada separuh kedua abad ke-16M, berlaku kepincangan dalam birokrasi memberikan impak tidak sedikit terhadap kualiti sistem pendidikan Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang cemerlang itu.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan ‘Uthmaniyyah; Sistem pendidikan; Institusi ilmiye; Intelektualisme; Ebussuûd Efendi
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18022
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 06:36
Last Modified:08 Feb 2022 07:59

Repository Staff Only: item control page