Sumbangan Rashid Ghannouchi dalam mengharmonikan antara Islam dan demokrasi

Zaid Husaini Kamis, and Mohd Roslan Mohd Nor, and Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, (2021) Sumbangan Rashid Ghannouchi dalam mengharmonikan antara Islam dan demokrasi. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 147-159. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
290kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Untuk mewujudkan pemerintahan yang mengamalkan sistem demokrasi di wilayah di Timur Tengah dan Afrika Utara bukan suatu perkara yang mudah. Ia penuh dengan cabaran dan perlu dilakukan secara baik dan berhemah agar penentangan terhadap sistem demokrasi dapat dikurangkan. Inilah perkara utama yang cuba dilakukan oleh Rashid Ghannouchi, seorang tokoh moderat di Tunisia yang berjuang untuk melestarikan demokrasi dan Islam di negaranya. Apabila berlaku fenomena Arab Spring yang bermula pada penghujung 2010, ia menjadi peluang keemasan untuk penerapan demokrasi dilakukan melalui partisipasi parti al-Nahdah. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan sumbangan Rashid Ghannoushi dalam memperjuangkan demokrasi dalam ruangan politik Tunisia. Dalam penulisan ini, kaedah kajian kualitatif melalui kajian kepustakaan digunakan dalam menganalisis data-data yang kumpulkan melalui analisis deskriptif dan analitikal. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa demokrasi yang berasaskan kepada kebebasan bersuara dan pendapat boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan penerapan yang dapat mengintegrasikannya dengan prinsip-prinsip Islam secara umum dan beransur-ansur.

Item Type:Article
Keywords:Rashid Ghannouchi; Tunisia; Arab Spring; Demokrasi; Islam; al-Nahdah
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18023
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 06:44
Last Modified:08 Feb 2022 08:37

Repository Staff Only: item control page