Penyahudian (Judaization) kota Baitul Maqdis selepas penaklukan Israel, 1967: mengikis identiti Arab-Islam dalam naratif sejarah dan warisan Palestin

Muhamad Hasrul Zakariah, (2021) Penyahudian (Judaization) kota Baitul Maqdis selepas penaklukan Israel, 1967: mengikis identiti Arab-Islam dalam naratif sejarah dan warisan Palestin. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 160-179. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
300kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Makalah ini menyelidiki dasar dan proses penyahudian yang dilaksanakan oleh kerajaan Israel untuk menghapuskan identiti Arab-Islam di kota Baitul Maqdis, Palestin. Objektif utama kajian ialah untuk mencerakinkan polisi dan proses penyahudian tersebut yang telah dilaksanakan oleh Tel Aviv sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Makalah ini akan memberikan fokus kepada proses penyahudian selepas tercetusnya Perang Enam Hari, Arab-Israel pada tahun 1967 apabila regim Zionis menakluki wilayah timur kota suci ini dan mewujudkan Baitul Maqdis yang bersatu. Berdasarkan perspektif disiplin sejarah, regim Zionis telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk mengubah karakter bandar ini dari kota warisan Arab-Islam kepada kota yang beridentitikan Yahudi. Di sebalik kritikan keras oleh masyarakat antarabangsa dan dunia Islam, Tel Aviv meneruskan misi mereka untuk membina semula bandar Yahudi Jerusalem yang diimaginasikan melalui inisiatif penyahudian tadi. Misi ini dilaksanakan melalui dasar penjajahan haram mereka dengan regim Zionis mengubah karakter kota ini secara unilateral. Hal ini dlakukan dengan menakluki wilayah timur bandar suci ini, memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah yang tidak sah, meruntuhkan monumen warisan dan memusnahkan tempat-tempat sakral seperti perkuburan dan masjid, memarginalisasikan penduduk Palestin dan membina tugu berasaskan mitos Yahudi. Dengan menggunakan metodologi anasisis dan dokumen sejarah, makalah ini mendedahkan misi tersembunyi dan tindakan tidak beretika oleh regim Yahudi dalam menjustifikasikan keabsahan sejarah terhadap kota kuno ini, sekaligus menghapuskan secara sistematik fakta dan naratif sejarah sedia ada yang membuktikan hakikat sebenar bahawa bandar lama Baitul Maqdis adalah milik umat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Warisan; Sejarah; Zionis; Baitul Maqdis; Palestin; Penyahudian
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18024
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 06:54
Last Modified:10 Feb 2022 07:00

Repository Staff Only: item control page