Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (BERSARA): penggerak daie askari dan dakwah wasatiyyah dalam Angkatan Tentera Malaysia

Burhanuddin Jalal, and Amnah Saayah Ismail, and Sayuti Ab Ghani, (2021) Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (BERSARA): penggerak daie askari dan dakwah wasatiyyah dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 196-208. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
224kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Brigadier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (Bersara) merupakan seorang tokoh ulama yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam kemajuan dan syiar Islam dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Kertas ini akan membincangkan secara khusus peranan beliau dalam kemajuan dan pembangunan dakwah Islam dalam organisasi Angkatan tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Dalam usaha untuk memartabatkan KAGAT sebagai organisasi dakwah yang cemerlang, beliau telah menerapkan elemen ‘Dakwah melalui pendekatan secara harakah dan wasatiyyah’ dalam KAGAT melalui pelaksanaan dakwah secara bertahap iaitu tahap al-ta‘arif (tahap penyebaran fikrah secara umum kepada orang ramai), tahap al-takwim (era pembentukan organisasi dan bersedia untuk terus menyampaikan dakwah) dan tahap al-tanfiz (tahap pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan). Kajian perpustakaan, sorotan sejarah, analisis kandungan dokumentasi serta wawancara telah digunkan sebagai metodologi kajian ini.Dapatan kajian terhadap tokoh ulama ini, yang dibuat melalui kajian perpustakaan telah mendapati bahawa tokoh ulama ini telah memberikan impak yang besar terhadap kejayaan KAGAT pada hari ini serta kemajuan pelaksanaan dakwah secara lebih menyeluruh dan berterusan dalam usaha membina Angkatan Tentera Malaysia yang berwibawa serta mempunyai daya tempur yang kuat serta rohani yang mantap.

Item Type:Article
Keywords:Angkatan Tentera Malaysia; Daie askari; Ulama; Tokoh; Wasatiyyah
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18026
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 07:06
Last Modified:10 Feb 2022 07:03

Repository Staff Only: item control page