Muhammad Anas Alias, and Md Nor Abdullah, (2021) Konsep pendepanan dan pengakhiran dalam Surah al-Mulk menurut Fadil Salih al-Samirra’i. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 220-229. ISSN 2229-8924
|
PDF
313kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445
Abstract
I‘jaz al-Qur’an merupakan keajaiban berterusan yang dapat disaksikan kebenarannya sepanjang zaman. Ia dapat diketahui berdasarkan tahap pemikiran seseorang terhadap aspek-aspek tertentu. I‘jaz al-Qur’an merangkumi beberapa aspek iaitu aspek sains, bahasa, pensyariatan, bilangan dan psikologi (Norazamudin, 2012). Aspek paling agung dalam i‘jaz al-Qur’an ialah aspek bahasa (i‘jaz Bayani) yang meliputi pelbagai dimensi ilmu linguistik. Antara dimensi menjadi perhatian sarjana Balaghah dalam menyingkap rahsia kehebatan bahasa al-Qur’an adalah dimensi gaya bahasa. Dalam tulisan ini, pengkaji cuba mencungkil salah satu gaya bahasa yang terdapat dalam surah al-Mulk. Gaya bahasa Pendepanan (التقديم ) dan Pengakhiran (التأخير ) menjadi pilihan pengkaji kerana ia mempunyai peranan penting dalam menentukan ketepatan makna terhadap kontekstual teks. Berdasarkan pemerhatian kajian literatur lepas, pengkaji belum menjumpai kajian gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam Surah al-Mulk yang menggunakan pendekatan analisis tematik berdasarkan konsep digarap oleh Fadil Salih al-Samirra’i dalam karyanya al-Ta‘bir al-Qur’ani. Oleh yang demikian, pengkaji cuba menganalisis gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam Surah al-Mulk menggunakan kaedah analisis tematik. Kaedah tersebut berpandukan pengklasifikasian yang dibuat oleh Fadil Salih al-Samirra’i. Hasil kajian mendapati dalam kategori pendepanan melibatkan agen fleksi (‘amil), sebanyak lima ayat gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran yang mewakili aspek pendepanan kasus genitif jar. Terdapat satu ayat dalam kategori ini yang mengandungi dua aspek pendepanan kasus genitif jar dan aspek kedudukan. Manakala kategori pendepanan tanpa agen fleksi (‘amil), terdapat empat ayat mewakili aspek kedudukan termasuk dua ayat mempunyai aspek tambahan istifham tawbikhi. Hal ini menunjukkan kepentingan peranan gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran sangat kritikal bagi menggapai makna tepat kepada sasaran konteks.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Balaghah; Retorik; Bahasa Arab; Gaya bahasa; Pendepanan; Pengakhiran; Surah al-Mulk; Fadil Salih al-Samirra’i |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 18028 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Feb 2022 07:39 |
Last Modified: | 10 Feb 2022 07:09 |
Repository Staff Only: item control page