Pemindahan ilmu dan maklumat dalam persuratan Melayu daripada dunia Parsi

Muhammad Bukhari Lubis, (2021) Pemindahan ilmu dan maklumat dalam persuratan Melayu daripada dunia Parsi. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 230-239. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
265kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Kewujudan batu nisan di Meunasah Manchang atau Meunasah Pi (Sumatera) yang tertera tulisan Parsi beserta tarikh kematian pada Syawal 823H (Oktober/November 1420 M) merupakan bukti awal hubungan masyarakat Melayu dengan dunia Parsi. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan pemindahan ilmu dan maklumat dalam persuratan Melayu daripada dunia Parsi. Perbincangan bermula dengan ciri-ciri perpindahan bahasa Parsi ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya khusus dari sudut sastera. Diskusi aspek sastera dibahagikan kepada sastera aspek kepahlawanan, sastera sejarah, karya-karya hagiografi dan keagamaan, cerita berbingkai dan cerita ‘pedoman buat raja’. Kesimpulannya, untuk dua abad Hijrah yang pertama, jika diteliti sungguh-sungguh kebanyakan (sekurang-kurangnya 80%) perkembangan ilmu dalam tamadun Islam disumbangkan oleh sarjana/ulama Parsi. Apatah lagi mereka ini terkenal dengan gelaran penghormatan: Ashab al-Lisanayn (pemilik dua bahasa [Parsi & Arab]). Oleh itu diharapkan lebih ramai lagi sarjana kita menggali apa saja warisan keilmuan kita yang berkaitan dengan perbendaharaan ilmu dalam bahasa Parsi ini (khususnya karya yg terbit sebelum Iran bermazhab Syiah Imamiyah atau Ithna ‘Ashariyah yg bermula apabila terasasnya dinasti Safawi pd tahun 1601M).

Item Type:Article
Keywords:Dunia Melayu; Dunia Parsi; Sastera Melayu; Sastera Parsi; Tamadun Islam
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18029
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 07:44
Last Modified:10 Feb 2022 07:14

Repository Staff Only: item control page