Aplikasi Model Rasch bagi kesahan item kosa kata kerja Quranic Vocabulary Test (QVT)

Kaseh Abu Bakar, and Hakim Zainal, and Nadzirah Norudin, and Mohamad Azwan Kamarudin, (2021) Aplikasi Model Rasch bagi kesahan item kosa kata kerja Quranic Vocabulary Test (QVT). Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 259-287. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

al-Quran diturunkan untuk difahami isi kandungannya. Pemahaman al-Quran di peringkat asas melibatkan pengetahuan makna kosa katanya. Justeru, satu ujian bagi mengukur tahap penguasaan makna kosa kata al-Quran wajar dibina. Kajian rintis ini bertujuan membina instrumen Quranic Vocabulary Test (QVT) dan menilai kesahan dan kebolehpercayaannya. Artikel ini melaporkan penilaian kesahan dan kebolehpercayaan sebahagian daripada instrumen tersebut. Melalui pendekatan kuantitatif, 130 item kata kerja dalam al-Quran dipilih secara persampelan sistematik dari 500 kosa kata kekerapan tertinggi yang disenaraikan dalam The Quranic Arabic Corpus. Item-item ini dibahagikan kepada 3 set ujian, setiap set mengandungi 40 item berbeza dan 10 item sepunya. Set ujian ini ditadbir menggunakan Google Form kepada 69 orang mahasiswa mewakili pelbagai jurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Data dianalisis menggunakan Model Rasch melalui perisian Winsteps versi 4.5.4. Nilai kebolehpercayaan kesemua set ini sama ada dengan indeks Cronbach Alpha (α) mahupun person reliability melebihi 0.8. Secara keseluruhannya, nilai infit sebagai indikator kualiti item ujian menunjukkan hampir kesemua item adalah produktif untuk mengukur pengetahuan makna kata kerja al-Quran dalam kalangan responden. Kajian ini menunjukkan kebolehukuran pengetahuan kosa kata al-Quran. Ia perlu dilanjutkan dan diperluaskan sampelnya bagi meningkatkan nilai kesahan QVT sehingga dapat mengukur saiz kosa kata al-Quran yang tepat dalam kalangan mereka yang mempelajari jurusan al-Quran atau Pengajian Islam mahupun orang awam.

Item Type:Article
Keywords:Validasi; Ujian kosa kata; Bahasa Arab; Bahasa Arab al-Quran; Model Rasch
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18031
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 07:57
Last Modified:10 Feb 2022 07:19

Repository Staff Only: item control page