Peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam pendidikan dan politik masyarakat Melayu

Ermy Azziaty Rozali, and Ameer Yuwsuef Khan Zubair Khan, and Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, (2021) Peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam pendidikan dan politik masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 13 . pp. 288-298. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
196kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445

Abstract

Artikel ini membincangkan peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam pendidikan bangsa Melayu dan semangat cintakan tanah air pada sekitar tahun 1916-1957. Sheikh Abdullah Fahim merupakan seorang ulama yang telah memainkan peranan penting dalam memberi nafas baru pada sistem pengajian pondok dan madrasah. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam ilmu falak serta mempunyai pemikiran politik yang tersendiri. Usaha menentang penjajah di Tanah Melayu yang ditonjolkan beliau berakar umbi daripada mesej kemerdekaan yang dibawa oleh Islam. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam memupuk semangat kebangsaan dan politik dalam kalangan masyarakat Melayu. Metode kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data dengan menganalisis maklumat daripada sumber rujukan yang berkaitan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam memupuk semangat kebangsaan dapat dilihat melalui usaha-usaha beliau mendidik anak bangsa dan penglibatan beliau dalam politik sebelum kemerdekaan. Beliau juga menenekankan kepentingan bangsa Melayu untuk bersatu sebagai sebuah entiti yang digeruni serta memperlihatkan sifat kepimpinan mengikut garis panduan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Sheikh Abdullah Fahim; Pendidikan; Politik; Masyarakat Melayu
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:18032
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Feb 2022 08:02
Last Modified:10 Feb 2022 07:20

Repository Staff Only: item control page