Aliran titik genangan MHD dan pemindahan haba terhadap permukaan telap meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid

Iskandar Waini, and Anuar Ishak, and Pop, Ioan (2021) Aliran titik genangan MHD dan pemindahan haba terhadap permukaan telap meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid. Sains Malaysiana, 50 (9). pp. 2819-2832. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil9_...

Abstract

Aliran mantap dan pemindahan haba dua matra terhadap titik genangan pada permukaan telap yang meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid dengan kesan medan magnet dikaji. Persamaan menakluk bagi masalah tersebut dijelmakan kepada satu set persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserupaan. Persamaan keserupaan yang terhasil kemudiannya diselesaikan secara berangka menggunakan penyelesai masalah nilai sempadan (bvp4c) dalam perisian Matlab. Kesan beberapa parameter terhadap pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat serta profil halaju dan suhu dibentangkan dan dibincangkan. Keputusan berangka menunjukkan bahawa penyelesaian dual wujud bagi julat tertentu parameter regangan/kecutan dan fluks jisim. Didapati juga bahawa kadar pemindahan haba meningkat dengan peningkatan pecahan isi padu nanozarah tembaga (Cu) dan parameter fluks jisim. Analisis kestabilan dilakukan untuk menentukan kestabilan penyelesaian dual dalam jangka masa panjang dan keputusan menunjukkan bahawa hanya satu daripada penyelesaian tersebut yang stabil manakala yang lain adalah tidak stabil.

Item Type:Article
Keywords:Analisis kestabilan; MHD; Nanobendalir hibrid; Penyelesaian dual; Permukaan meregang/mengecut; Titik genangan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:18074
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2022 08:32
Last Modified:18 Feb 2022 01:00

Repository Staff Only: item control page