Ku Azmi Ku Mat, and Mohamad Sabri Haron, and Salmy Edawati Yaacob, and Wan Zulkifli Wan Hassan, (2021) Kejatuhan Pattani terhadap kesedaran Islam di Bangkok. Jurnal Hadhari, 13 (2). pp. 209-220. ISSN 1985-6830
|
PDF
551kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1452
Abstract
Pattani adalah salah sebuah negeri yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Namun, kajian ini membincangkan sejarah pertapakan Islam di Bangkok Thailand. Bahan rujukan mengenai perkembangan Islam di Bangkok amat berkurangan. Objektif kajian ini memfokuskan kepada peristiwa kejatuhan Pattani oleh kerajaan Thailand pada tahun 1603M-1838M dan kajian ini juga memfokuskan kepada kebebasan beragama Islam di Bangkok. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan menyaring maklumat-maklumat daripada sumber sekunder seperti buku, majalah, tesis, laman sesawang dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati perkembangan Islam di Wilayah Bangkok berlaku dengan pesat di mana ia berkait rapat dengan kesedaran kejatuhan Pattani melalui peperangan dan jumlah penduduk Islam di wilayah itu sendiri. Di samping itu, polisi kerajaan Thailand yang agak berbeza berbanding dengan penduduk Islam di Selatan juga menyebabkan penduduk Islam Bangkok mampu mengekalkan identiti mereka sebagai masyarakat Islam danbergiat cergas dalam mengembangkan ajaran Islam dalam kalangan generasi muda dari masa ke semasa. Namun begitu, penduduk Islam Bangkok telah mengorbankan salah satu identiti bangsa mereka iaitu Bahasa Melayu di mana ia semakin pupus dalam kalangan masyarakat Islam Bangkok ketika mereka berusaha berjuang untuk terus hidup di kalangan majoriti masyarakat Buddha dan juga memenuhi tuntutan kerajaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kejatuhan Pattani; Islam bertapak di Bangkok; Rakyat diberi kebebasan beragama |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 18080 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Feb 2022 06:20 |
Last Modified: | 21 Feb 2022 00:36 |
Repository Staff Only: item control page