Sekuriti makanan berlandaskan konsep halalan toyyiban : analisis dari perspektif maqasid shariah

Muhammad Izzat Mohamed, and Muhammad Hakimi Muhammad Shafiai, (2021) Sekuriti makanan berlandaskan konsep halalan toyyiban : analisis dari perspektif maqasid shariah. Jurnal Hadhari, 13 (2). pp. 221-243. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1452

Abstract

Sekuriti makanan konvensional tidak mementingkan konsep halalan toyyiban dalam perlaksanaannya. Maka pada setiap rantaian bekalan makanan dan tiang-tiang sekuriti makanan akan mewujudkan keraguan dan kelemahan dalam pengurusannya. Memperkasakan konsep halalan toyyiban sebagai corak dan kaedah pengurusan pembangunan sekuriti makanan akan menjadikan sekuriti makanan itu lebih inklusif. Oleh yang demikian, penulisan ini membincangkan sekuriti makanan dengan melihat konsep halalan toyyiban sebagai landasannya. Penulisan ini juga menggunakan pendekatan dengan melihat sekuriti makanan berlandaskan konsep halalan toyyiban dalam kerangka maqasid shariah memandangkan ia adalah natijah yang dikehendaki syarak. Penulisan ini berbentuk kualitatif berasaskan data-data dan maklumat daripada kajian kepustakaan dan seterusnya ia dianalisis berdasarkan pendekatan deduktif. Kesimpulannya, pelaksanaan sekuriti makanan berlandaskan konsep halalan toyyiban selaras dengan tuntutan maqasid shariah, peningkatan akses kualiti makanan, memperkukuhkan ketersediaan dan kestabilan makanan golongan kurangberkemampuan, menjamin rantaian makanan kepada penggunaan yang halal dan mengelakkan pembaziran makanan.

Item Type:Article
Keywords:Sekuriti makanan; Halalan toyyiban; Maqasid shariah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:18081
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2022 06:24
Last Modified:21 Feb 2022 00:40

Repository Staff Only: item control page