Redwan Yasin, and Noor Aziah Mohd Awal, and Nurhafilah Musa, (2021) Tanggungjawab wali terhadap pendidikan keagamaan bagi kanak-kanak : satu penelitian menurut hukum syarak. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 29 . pp. 49-58. ISSN 1394-7729
|
PDF
302kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1439
Abstract
Wali dalam Islam adalah merupakan individu yang paling berhak dan menggalas tanggungjawab utama untuk mendidik kanak-kanak dari sudut ilmu keagamaan. Tanggungjawab tersebut wajib dilaksanakan dengan penuh keprihatinan dan berhikmah supaya dapat membentuk sahsiah dan akhlak mulia dalam diri kanak-kanak. Malangnya pada zaman moden kini, kebanyakan golongan wali tidak berjaya menggalas tanggungjawab tersebut sebaiknya dan kurang memahami konsep pendidikan keagamaan yang wajib diberikan kepada kanak-kanak. Maka penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang hubungan konsep perwalian dengan tanggungjawab mendidik kanak-kanak. Artikel ini juga memfokuskan tentang bentuk-bentuk pendidikan keagamaan yang wajib diajarkan kepada kanak-kanak bagi menyempurnakan pemahaman mereka mengenai agama yang dianuti. Kaedah kajian kepustakaan digunakan bagi mengumpulkan data untuk dianalisis mengikut metode analisis kandungan. Hasil penulisan menunjukkan bahawa golongan wali seharusnya memainkan peranan yang paling utama dalam mendidik kanak-kanak dari sudut ilmu pengetahuan keagamaan. Tanggungjawab tersebut tidak seharusnya diserahkan secara mutlak kepada pihak lain dalam apa juga keadaan sekalipun. Ini adalah kerana wali merupakan individu yang berkuasa untuk menentukan hala tuju keagamaan dalam diri kanak-kanak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tanggungjawab wali; Pendidikan agama; Kanak-kanak |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 18093 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Feb 2022 04:49 |
Last Modified: | 21 Feb 2022 00:58 |
Repository Staff Only: item control page