Orang Asli di kawasan lindungan : kedudukannya dari segi perundangan di Malaysia

Nur Aqilah Azaldin, and Izawati Wook, and Adzidah Yaakob, (2021) Orang Asli di kawasan lindungan : kedudukannya dari segi perundangan di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 29 . pp. 75-85. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
288kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1439

Abstract

Litupan hutan hujan tropika di Malaysia kebanyakannya telah diwartakan sebagai kawasan lindungan. Kawasan lindungan yang dimaksudkan adalah seperti rizab hutan simpan, rizab lindungan hidupan liar, taman negara dan taman negeri yang sangat kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Orang Asli yang menghuni sebahagian dari kawasan lindungan ini amat bergantung kepada kelangsungan sumber hutan. Artikel ini menganalisis kedudukan Orang Asli di dalam kawasan lindungan dari segi perundangan serta mengkaji isu-isu berbangkit yang melibatkan Orang Asli di kawasan lindungan di Malaysia. Metodologi yang digunapakai bagi tujuan penulisan ini adalah kaedah doktrinal undang-undang dan kajian teks iaitu dengan meneliti undang-undang statut berkaitan serta kajian-kajian terdahulu berkenaan kedudukan dan hak Orang Asli di dalam kawasan lindungan.Hasil kajian mendapati terdapat perundangan yang digubal memperuntukkan hak kepenggunaan masyarakat Orang Asli terhadap alam semulajadi di kawasan itu disebabkan oleh kebergantungan masyarakat ini terhadap sumber semulajadi dari kawasan lindungan. Namun begitu, kebanyakan perundangan yang digubal tidak mengiktiraf secara eksplisit akan kedudukan masyarakat Orang Asli di dalam kawasan lindungan tersebut. Peruntukan ini juga bahkan mengehadkan dan mengurangkan hak penggunaan masyarakat tersebut tanpa mencadangkan atau mendatangkan satu alternatif yang lain bagi membantu mereka. Terdapat juga kemungkinan perundangan tersebut dibuat tanpa mengambil kira pandangan dari pihak yang berkepentingan. Kelemahan dalam mengiktiraf kedudukan dan hak masyarakat Orang Asli di kawasan lindungan hakikatnya menyumbang kepada kegagalan sistem pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti. Hal ini kerana proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi tidak dapat tidak harus melibatkan masyarakat Orang Asli.

Item Type:Article
Keywords:Kawasan lindungan; Orang Asli; Pemeliharaan dan pemuliharaan; Sumber alam semulajadi; Perundangan
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:18096
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 06:21
Last Modified:21 Feb 2022 01:01

Repository Staff Only: item control page