Skim i-SURI : pelaksanaan di kalangan suri rumah menurut perspektif undang-undang

Nor Anita Abdullah, and Harlida Abdul Wahab, and Asmar Abdul Rahim, (2021) Skim i-SURI : pelaksanaan di kalangan suri rumah menurut perspektif undang-undang. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 29 . pp. 87-95. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1439

Abstract

Skim i-SURI diperkenalkan oleh kerajaan pada 15 Ogos 2018 sebagai insentif khas Kerajaan untuk Suri Rumah dan wanita yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih). Walau bagaimanapun, pelaksanaan Skim i-SURI ini masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya lantaran terdapat kekangan yang melibatkan beberapa peruntukan penting dalam Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta KWSP 1991). Persoalan yang timbul ialah berkenaan dengan pelaksanaan skim ini, adakah sama sepertimana pelaksanaan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada atau berbeza. Jika dilihat dari aspek pelaksanaan skim KWSP, caruman yang dibuat oleh pekerja yang juga merupakan pencarum hanya boleh dikeluarkan secara sepenuhnya apabila telah sampai tempoh umur persaraan sahaja. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan konsep Skim i-SURI sekiranya boleh menggunapakai skim caruman sedia ada dalam KWSP itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:i-SURI; KWSP; Perundangan
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:18097
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 06:28
Last Modified:21 Feb 2022 01:01

Repository Staff Only: item control page