Kompetensi profesionalisme guru geografi di Malaysia

Hanifah Mahat, and Nasir Nayan, and Yazid Saleh, and Mohmadisa Hashim, and Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, (2021) Kompetensi profesionalisme guru geografi di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 107-122. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
631kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji kompetensi profesionalisme guru dalam kurikulum geografi tingkatan enam di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 200 orang guru geografi seluruh Malaysia yang dipecahkan kepada lima zon; Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Malaysia Timur yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Enam pemboleh ubah kompetensi profesionalisme dan pedagogi yang dikaji adalah kefahaman guru mengikut tajuk, pengetahuan profesionalisme perguruan, pengetahuan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi dan nilai profesionalisme keguruan guru. Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah kompetensi profesionalisme dan pedagogi adalah berada pada tahap tinggi. Analisis kolerasi pula menunjukkan kefahaman guru mengikut tajuk mempunyai hubungan signifikan yang kuat dengan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi, manakala hubungan signifikan yang sederhana dengan pengetahuan profesionalisme perguruan dan nilai profesionalisme keguruan guru. Justeru, ini menunjukkan aspek pengetahuan profesionalisme perguruan dan nilai profesionalisme keguruan perlu dipertingkatkan dalam mencapai kompetensi profesionalisme dan pedagogi guru Geografi Tingkatan Enam di Malaysia yang ideal.

Item Type:Article
Keywords:Geografi; Guru; Kompetensi; Kurikulum; Pedagogi; Profesionalisme
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18106
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 07:18
Last Modified:21 Feb 2022 01:19

Repository Staff Only: item control page