Pandemik COVID-19 dan keganasan rumah tangga : suatu tinjauan semasa perintah kawalan pergerakan di Malaysia

Muhammad Wafi Ramli, and Sharifah Rohayah Sheikh Dawood, and Sofia Haminah Mohd Som, (2021) Pandemik COVID-19 dan keganasan rumah tangga : suatu tinjauan semasa perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 137-152. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
551kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418

Abstract

Sejak pandemik COVID-19 menular aktif dalam negara, kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap seluruh masyarakat untuk mengawal penyebaran virus. Impak pelaksanaan PKP telah mewujudkan pelbagai krisis sosial terutama isu keganasan rumah tangga (KRT). Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau impak PKP terhadap isu KRT dari sudut faktor penyumbang dan peranan pihak pemegang taruh dalam menangani isu ini semasa PKP. Kajian ini melibatkan pengumpulan data sekunder dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa sepanjang tempoh PKP, terdapat enam faktor penyumbang kes KRT, iaitu kekangan ruang persekitaran, pengaruh dadah dan alkohol, kebergantungan pada pasangan, ketiadaan sistem sokongan yang kukuh, konflik dalaman individu dan tiada ilmu tentang KRT. Terdapat beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cakna menjalankan tanggungjawab mereka membantu dari segi kewangan, kempen, kaunseling dan perlindungan berhubung isu ini semasa PKP. Kajian ini dirujuk penting dalam memberi gambaran berkenaan isu KRT yang berlaku semasa PKP khususnya di Malaysia dan diharapkan agar pihak pemegang taruh dapat merangka strategi yang holistik bagi menangani isu KRT yang semakin kritikal di negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Keganasan rumah tangga; Malaysia; Pandemik COVID-19; Pemegang taruh; Perintah kawalan pergerakan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18108
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 07:25
Last Modified:21 Feb 2022 01:22

Repository Staff Only: item control page