Pemberimilikan tanah : sebab pendorong kepada pertikaian dalam pembangunan tanah

Azima A.M., and Mohd Shafiq Akmal Kasimon, (2021) Pemberimilikan tanah : sebab pendorong kepada pertikaian dalam pembangunan tanah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 153-166. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
509kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418

Abstract

Pemberimilikan tanah melalui beberapa kaedah penganugerahan pemilikan telah mencetuskan pertikaian pemilikan khusus dalam pembangunan tanah di beberapa daerah di negeri Sabah. Perasaan tidak puas hati pemilik tanah ini telah mencetuskan konflik dalam kalangan mereka dengan pihak agensi yang terlibat. Pelbagai penentangan terhadap usaha penganugerahan pemilikan tanah yang dijalankan didapati boleh menyebabkan usaha pembangunan tanah kawasan setempat akan terganggu. Keadaan ini disebabkan oleh kebimbangan masyarakat setempat terhadap keberadaan tanah natif masyarakat adat. Perasaan takut dan bimbang ini boleh mewujudkan halangan terhadap pembangunan tanah apabila ramai dalam kalangan pemilik tanah mula mempertikaian keperluan terhadap kaedah pemilikan yang ingin dijalankan oleh pihak agensi yang berkaitan. Sehubungan itu, adalah menjadi satu keperluan penelitian terhadap punca atau sebab yang mendorong kepada pertikaian yang berlaku antara pemilik tanah dengan pihak agensi yang berkaitan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk merungkai punca yang menyebabkan bantahan pemilik tanah terhadap beberapa kaedah pemberimilikan tanah yang telah dilaksanakan dalam pembangunan tanah. Bagi membolehkan pengkaji memahami punca yang mendorong kepada berlakunya pertikaian dalam kalangan pemilik tanah, maka pendekatan institusi ekonomi telah digunapakai untuk merungkai sebab yang menyebabkan bantahan pemilik tanah. Temubual mendalam telah dilakukan dengan pemilik tanah di kawasan kajian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan sebab yang mendorong kepada pertikaian pemberimilikan tanah melalui kaedah geran komunal. Beberapa soalan terpandu telah digunakan bagi mendapatkan sebab mereka membantah penganugerahan milikan tanah secara geran komunal. Dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pertikaian masyarakat setempat antaranya Akta Tanah Adat (NCR), peruntukan Geran Komunal dan sistem pengagihan tanah. Manakala bagi faktor informal pula merangkumi ketelusan pihak berkuasa, adat dan budaya yang menjadi penyebab kepada pertikaian pemilikan tanah NCR. Rumusannya antara sebab yang membawa kepada pertikaian tanah NCR adalah berkait dengan kebimbangan, kerisauan dan keraguan mereka terhadap keberadaan tanah tanah untuk generasi seterusnya.

Item Type:Article
Keywords:Bantahan; Pertikaian; Penganugerahan pemilikan; Pendekatan institusi; Pembangunan tanah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18109
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 07:28
Last Modified:21 Feb 2022 01:22

Repository Staff Only: item control page