Kecenderungan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian di Pulau Pinang

Jannatul ‘Agilah Said, and Narimah Samat, (2021) Kecenderungan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian di Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (3). pp. 206-220. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
699kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418

Abstract

Kesesakan lalu lintas, ruangan letak kenderaan terhad, jadual kerja yang padat, dan perubahan gaya hidup dari kesan langsung proses perbandaran menyebabkan penduduk cenderung menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan (PPM) secara dalam talian. Walaupun PPM digunakan dengan meluas di Malaysia, masih tidak banyak kajian dijalankan dalam mengenal pasti faktor kecenderungan penduduk menggunakan perkhidmatan ini. Tujuan kertas kerja ini adalah mengenalpasti faktor kecenderungan penduduk mendapatkan makanan menggunakan PPM secara dalam talian dan mengkaji perubahan gaya hidup penduduk di bandar. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan 110 responden yang menetap di Pulau Pinang. Kajian ini juga memberikan perhatian kepada responden yang pernah menggunakan perkhidmatan ini. Hasil analisis menggunakan skor min mendapati empat faktor utama penentu kecenderungan penduduk terhadap PPM mendapatkan makanan iaitu lokasi, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, perubahan gaya hidup dan penularan pandemik COVID-19. Namun ruang tempat kereta yang terhad adalah menjadi sebab utama pemilihan PPM. Kajian juga mendapati responden cenderung memilih perkhidmatan Foodpanda kerana ianya mudah dan cepat. Hasil kajian dapat menyumbang kepada agensi PPM berkaitan dalam merangka dan merancang strategi dengan lebih menyeluruh bagi meningkatkan perkhidmatan PPM dalam kalangan penduduk bandar.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Gaya hidup; Kualiti; Lokasi; Perbandaran; PPM
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:18113
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2022 07:39
Last Modified:21 Feb 2022 01:27

Repository Staff Only: item control page